DIPLOMA EXECUTIVE IN BUSINESS MANAGEMENT
(MQA PA 1200)
PENGENALAN
Program Diploma Eksekutif dalam Pengurusan Perniagaan (EDBM) telah berjaya mendapat akreditasi penuh dari MQA bermula tahun 2018 dengan nombor pendaftaran MQA/SWA01200.
Bidang pengajian ini sangat sesuai dan relevan dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) khususnya berkaitan pembelajaran sepanjang hayat. Program ini dibentuk untuk menyediakan pembelajaran secara separuh masa kepada pekerja atau kakitangan di peringkat sokongan untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Secara umumnya Program EDBM diperkenalkan bagi melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan berkaitan dengan pengurusan perniagaan yang berkemampuan untuk memberikan idea-idea cemerlang pengurusan perniagaan dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar. Program juga melahirkan golongan pekerja yang cemerlang di peringkat pengurusan pertengahan yang dapat menterjemahkan teori kepada amalan di samping berkebolehan mengenal pasti dan menyelesaikan masalahmasalah pengurusan perniagaan.
MATLAMAT PROGRAM
Program EDBM ditawarkan dengan matlamat menyediakan
pembelajaran dan latihan di dalam bidang pengurusan perniagaan. Kurikulum program ini direka khusus untuk memenuhi keperluan majikan terhadap bidang pengurusan perniagaan. Pelajar-pelajar program EDBM didedahkan dengan kemahiran praktikal dan kemahiran penyeliaan yang sesuai serta selaras dengan keperluan pekerjaan.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menyediakan pelajar-pelajar dengan teori,
konsep dan praktis pengurusan perniagaan
yang sesuai yang selari dengan keperluan
industri; - Menerangkan peluang semasa serta
cabaran masa depan di dalam
perniagaan; dan - Melahirkan pekerja pengurusan pertengahan
atau penyelia yang bukan sahaja mempunyai
kebolehan tetapi juga boleh meletakkan nilai
etika dan profesionalism dalam
melaksanakan aktiviti pengurusan dan
menjalankan perniagaan.
KOMPONEN PROGRAM DAN NILAI KREDIT
SENARAI KURSUS
STRUKTUR YURAN
SYARAT KEMASUKAN
PUSAT PEMBELAJARAN
Hubungi Kami Segera! (Klik di sini) |