Home Food & Beverages KUIH BANGKIT OPAH SAPIAH – Kuih kami tidak hipster, tapi rasa dia...

KUIH BANGKIT OPAH SAPIAH – Kuih kami tidak hipster, tapi rasa dia power

1254
0

KUIH BANGKIT OPAH SAPIAH #projekkuihbangkit

Kuih kami tidak hipster, tapi rasa dia power.

KUIH BANGKIT OPAH SAPIAH bukan lagi asing bagi penggemar kuih warisan ini. Kuih bangkit ini pernah viral dengan kisah seorang pemuda yang berjaya menamatkan pengajian Sarjana dengan Anugerah Sarjana Cemerlang telah berterima kasih kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana mempromosikan kuih tersebut pada tahun 2016 ketika beliau mula berniaga bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

Kuih tradisional tempatan kini dilihat semakin pupus dan dilupakan oleh generasi muda ekoran cita rasa golongan itu yang lebih menjurus kepada kuih-muih moden, ditambah semakin kurangnya individu yang boleh membuat makanan tradisi itu. Cabaran untuk mendapatkan ramuan dan bahan asli, tidak mewarisi petua atau resipi memasak di samping proses pembuatan yang renyah dikatakan antara faktor resipi kuih-muih tempatan itu kian lenyap ditelan zaman.  Keadaan menjadi bertambah membimbangkan apabila waris sendiri kurang berminat untuk mempelajari cara membuat kuih tradisi, selain wujudnya sesetengah pihak yang bertindak menyimpan resipi kerana dianggap rahsia keturunan dan tidak mahu dikongsi dengan orang lain.

Menyedari hakikat itu dan potensi  pasaran di kalangan penggemar kuih tradisional, pemilik jenama Kueh Klasik Opah, Ridzuan bin Khalid telah memulakan perniagaan kuih warisan ini sejak 3 tahun yang lalu.  Kuih Bangkit Opah Sapiah yang menggunakan tagline “rasa klasik, cair di mulut, sayang untuk ditelan” ini menerima permintaan yang tinggi bagi penggemar kuih warisan terutamanya bila menjelang musim perayaan. Percaya atau tidak seawal 3 bulan sebelum Aidilfitri, tempahan raya telah mula diterima kerana kuantiti yang dihasilkan adalah terhad. Ada sesetengah pelanggan setia mengatakan tidak sempurna raya mereka tanpa Kuih Bangkit Opah Sapiah.

Tulang belakang di sebalik kejayaan jenama Kueh Klasik Opah ini merupakan ibu beliau sendiri iaitu Puan Sapiah binti Haji Arshad atau lebih dikenali sebagai Opah Sapiah. Belaiu pada mulanya agak ragu-ragu untuk memulakan perniagaan ini  tapi akhirnya mengalah atas pujukan si anak. Opah Sapiah berulang-kali mengatakan “mana ada orang nak makan dah kuih orang lama ini”. Opah Sapiah yang telah mempelajari kaedah membuat kuih bangkit ini daripada arwah ibunya telah sedaya upaya mengekalkan kesempurnaan resipi asli dan petua kuih tersebut malah beliau sendiri yang menguli tepung setiap hari. Orang dahulu tidak mempunyai sukatan yang tepat, jadi resipi yang dihasilkan ini perlu melalui proses RnD bagi mendapatkan sukatan tepat bagi setiap bancuhan supaya ia mampu diikuti semua generasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut tidak mengganggu rasa dan tekstur asal kuih ini. Kini resipi asli dan petua kuih tersebut telah diwarisi anak-anak beliau.

Ramai peniaga yang tidak berminat untuk menghasilkan kuih warisan ini kerana proses pembuatannya dianggap renyah dan ramuannya sukar dihasilkan. Antara proses yang perlu dilakukan seperti kelapa perlu dikeringkan untuk dijadikan kerisik, campuran tepung ubi perlu disangai sehingga menjadi ringan dan hilang masam serta santan kelapa pula daripada jenis terpilih sahaja. Aroma harum yang terbit ketika kuih bangkit dibakar juga sangat menggoda jiwa. Rekahan pada atas kuih juga menentukan kualiti adunan dan dibakar pada suhu yang tepat. Begitulah rumit dan renyahnya penghasilan kuih bangkit ini. Proses penyediaan bahan sahaja mengambil masa agak lama bagi memastikan kualiti rasa dan kuih bangkit yang telah siap dibakar boleh tahan sehingga lebih 6 bulan jika disimpan dengan baik.

Kebimbangan kuih ini terus pupus ditelan zaman telah mendorong Kueh Klasik Opah mencari inisiatif bagi mengekalkan makanan tradisional tersebut, selain meningkatkan usaha memastikan ia tidak dilupakan oleh generasi muda. Kueh Klasik Opah telah menyertai Simposium Makanan Warisan pada tahun 2017 dan Kongres Makanan Warisan 2019 di mana program ini bertujuan mewujudkan kesedaran dan keperihatinan terhadap makanan warisan Melayu. Program ini menghimpunkan pakar-pakar makanan, cef, cendiakiawan, penggubal dasar dan pihak yang berkaitan makanan warisan Melayu. Kuih Bangkit Opah Sapiah ini turut dipilih menjadi  hidangan dan cenderahati kepada semua delegasi dari dalam dan luar negara.  Kuih bangkit ini turut mendapat pujian dari chef terkenal seperti Chef Florence Tan, Chef Ismail dan ramai lagi. Malah kuih bangkit ini juga turut menjadi antara kuih kegemaran bagi penyanyi terkenal nombor satu di Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Segelintir golongan yang masih mencari kuih warisan tidak kisah untuk membayar mahal jika kuih yang dihidangkan benar-benar sedap. Ungkapan yang sering diungkapkan selepas mereka menyuapkan sahaja kuih bangkit ini ke dalam mulut adalah “teringat zaman dulu-dulu, rasanya sama macam nenek moyang kita buat”. Minum petang bersama kuih bangkit dan secawan kopi sudah pasti akan mengimbau kenangan lama sewaktu zaman kanak-kanak ketika berada di kampung. Antara kuih lain yang dihasilkan oleh Kueh Klasik Opah yang turut mendapat tempat di kalangan peminat kuih warisan adalah Kuih Loyang yang rasanya klasik, manis dan sungguh rangup. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat mengenai Kueh Klasik Opah melalui Facebook Page: Projek Kuih Bangkit Opah Sapiah. Untuk tempahan Aidilfitri dan sekiranya berminat menjadi agen boleh berhubung dengan Ridzuan di talian 012-9683296.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.