Home Education & Training NLP – MENGENAL POTENSI DIRI

NLP – MENGENAL POTENSI DIRI

516
0

 

ANDA DAN DIRI ANDA. ADAKAH ANDA BETUL-BETUL KENAL SIAPA DIRI
ANDA? GEMBIRAKAH ANDA DENGAN DIRI ANDA? KETAHUI MENGAPA ANDA
ADALAH ANDA SEKARANG DAN BAGAIMANA CARA UNTUK MENGENAL
POTENSI DIRI ANDA SEBENAR?

Kita sering mengatakan bahawa kita okay. Kita tiada masalah. Kita sering tersenyum walaupun kita tahu, senyuman itu hanyalah lakonan semata-mata. Walau apa pun yang kita ungkapkan dibibir, kita pamirkan diraut wajah, kita sebenarnya tahu, ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita. Cuma yang menjadi persoalan, dimanakah puncanya? Apakah puncanya? Teruskan pembacaan, sekiranya anda ingin mengetahui apa yang berlaku dalam diri anda selama ini.

Anda tertekan dengan kehidupan anda sekarang? Anda kurang fokus? Kurang keyakinan diri? Selalu rasa tertekan, tidak bermaya? Anda buat semua kerja tetapi kerana terpaksa? Anda ada kerjaya tetapi jiwa kacau? Ada wang tetapi tetap jiwa kacau. Tiada wang dan jiwa bertambah kacau? Boss menekan anda? Keluarga dan sahabat menekan anda? Anda sudah buat segalanya ikut kemampuan anda tetapi mereka masih tidak berpuas hati dengan anda?

Anda sedih! Anda resah! Makan, minum, mandi namun semuanya seolah-olah tidak memberikan ada erti kehidupan sebenar. Anda rasa anda adalah mangsa. Anda rasa memang sudah takdir anda, untuk menjadi mangsa kerakusan segala isi dunia.

Anda cuba perbaiki diri. Anda pergi ke seminar seminar, ambil program motivasi, program membina kerjaya dan program bisnes. Anda teruja, tetapi hanya ketika di dalam dewan seminar. Selang beberapa jam, anda kembali ke diri asal anda. Anda yang tertekan. Anda yang sedih. Anda yang kurang keyakinan. Anda yang dulu. Akhinya, anda pasangkan niat. Biarlah apa yang berlaku. Anda akan ikut sahaja walaupun tersiksa jiwa dan raga. Kesian… HENTIKAN NIAT ANDA ITU…

INGAT PESAN BRO AZLI … ANDA DICIPTA UNTUK SESUATU YANG HEBAT DI ATAS DUNIA INI. ANDA DILAHIRKAN UNTUK BERJAYA. DARI MULA ANDA MENGENALI DUNIA, ANDA SEBENARNYA SUDAH TAHU TUJUAN SEBENAR ANDA DILAHIRKAN. ANDA DILAHIRKAN UNTUK BERJAYA …. Cuma… di dalam proses itu, anda berkenalan dengan KEHIDUPAN … iaitu KEHIDUPAN YANG TERNYATA GANAS DAN LIAR. Dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijinakkan. Anda perlu tahu matlamat sebenar anda, agar KEHIDUPAN akan bekerjasama dengan anda … JIKA tidak… KEHIDUPAN akan menekan anda sehinggalah anda mengikut telunjuk KEHIDUPAN itu. Apakah telunjuk kehidupan? Cermin diri anda,
dan apa yang lihat, itulah hasil daripada KEHIDUPAN… anda Senyum… Tapi anda tahu itu ianya senyuman plastik…

Jom ubah kepada diri anda yang baru. BRO Azli sedia membantu… Bro azli merupakan Certified NLP Master Practitioner, Certified Hypnotherapy Practitioner dan Certified HRDF Trainer… DAN Bro Azli BUKAN BOMOH tetapi BRO Azli membantu anda dengan izin Allah swt.

Bro Azli boleh membantu anda mencapai kehidupan sebenar yang anda inginkan melalui kaedah NLP – Neuro Linguistic Programming (Pengasas Richard Wayne Bandler & John Grinder (1970) – Kajian Tentang Corak Kelakuan & Sifat Manusia) – satu kajian bidang kajian Sains tentang komunikasi, pembangunan peribadi, dan Psiko-terapi manusia atau dalam bahasa mudahnya bagaimana sistem OTAK/FIKIRAN kita beroperasi dan mempengaruhi perlakuan dan perwatakan seseorang individu. Kajian yang dibuat bukan daripada sudut perubatan tetapi lebih menjurus kepada sudut psikologi, operasi minda kita dan bagaimana ianya mempengaruhi keseluruhan diri kita dalam kehidupan seharian.

Sedikit perkongsian tentang bidang ini. Teruskan pembacaan anda sebab ianya sangat penting untuk perubahan diri anda kepada yang lebih positif dan berjaya. Minda kita terbahagi 2 bahagian. Minda Sedar MS (Conscious mind) dan Minda Di Bawah Sedar – MBS (Sub Conscious Mind). MS hanyalah 5% daripada operasi sebenar minda kita. Ia hanyalah meliputi kesemua tindakan kita, yang kita sedar seperti bercakap, makan minum, belajar, kena marah dan lain-lain. MBS pula merupakan 95% daripada keseluruhan operasi minda yang mengawal semua fungsi badan seperti bernafas,
menetapkan suhu badan dan lain-lain. Satu lagi fungsi utama MBS yang paling kritikal ialah… ianya merakam semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita tanpa kita sedari semenjak kita lahir. MBS juga bersifat dan bersikap pelindung. Ertinya, MBS akan sentiasa melindungi kita daripada perkara-perkara buruk seperti yang telah disyaratkan berdasarkan kepada data-data sejarah yang telah direkodkan disepanjang kehidupan kita selama ini. Ingat perkara ini, SEMUA KAWAN-KAWAN.

Sekiranya dimasa kecil, kita dimalukan oleh rakan-rakan hingga menyebabkan kita “sakit” (Malu dantertekan). Walaupun kita bersungguh-sungguh cuba untuk melupakannya (Melalui MS) tetapi ianya tidak dapat “dipadam dengan sempurna” kerana telah dirakam dan disimpan di dalam MBS. Akibat daripada kejadian ini, MBS seterusnya meletakkan satu syarat baru menghalang kita daripada melalukannya dimasa-masa akan datang demi untuk melindungi diri kita. Syarat-syarat seperti ini juga dikenali sebagai titik-titik hitam, titik negatif ataupun “negative anchor”. Syarat-syarat ini akan kekal di dalam diri seseorang sehinggalah ianya diperbetulkan atau diubah dengan cara mencabar keadaan tersebut dalam zon CM ataupun melalui Terapi NLP dalam zon MBS.

Semenjak kecil sehinggalah kita dewasa, terdapat begitu banyak syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MBS kita. Kadang kala terdapat juga kes yang sangat kecil yang berlaku terhadap seseorang individu diperingkat usia kanak-kanak ataupun remaja, seperti ditinggalkan berseorangan oleh ibu bapa yang bekerja, gagal membayar yuran persekolahan disebabkan oleh keluarga yang miskin, tahap pendidikan yang rendah dan lain-lain. Walaupun setiap kejadian itu sepatutnya mematangkan dan menjadikan seseorang itu lebih kuat, namun, disebabkan oleh keadaan seseorang pada ketika itu,
kurang pengetahuan, sokongan keluarga dan lain-lain, mereka tidak mampu untuk mengatasinya dan melihat kejadian tersebut daripada sudut pandang yang berbeza. MSB pula dengan peranannya sebagai pelindung diri, mengambil langkah selamat, menetapkan ianya sebagai syarat untuk tidak melakukannya lagi di masa akan datang. Terdapat juga kes-kes kronik seperti penderaan, gangguan/serangan seksual, dicabul, dirogol turut menyumbang kepada ketidakstablilan diri seseorang di peringkat emosi sehinggalah mereka berani berhadapan dengan kejadian-kejadian tersebut dan melihat dari sudut pandangan yang berbeza untuk mengatasi perkara tersebut. “Negative Anchor” yang terdapat di dalam kehidupan seseorang individu inilah yang bertindak sebagai
tali penambat yang menghalang mereka daripada mencapai potensi sebenar diri.

Negative Anchor atau titik-titik hitam atau syarat-syarat seperti ini akan kekal di dalam diri kita sehinggalah:

1. Kita meninggal dunia atau

2. Kita buat sesuatu untuk mengubahnya

Untuk mengubah syarat-syarat tersebut di dalam zon MS, seseorang itu, perlu dan wajib mempunyai keazaman yang kuat dan bergantung penuh kepada kekuatan dalamannya, untuk berhadapan dengan perkara-perkara tersebut dan seterusnya mencabar syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum ini. Sebagai contoh, seseorang yang tidak berkeyakinan dan takut untuk bercakap di hadapan umum akibat daripada trauma dimasa kecil. Beliau mesti berazam dan berusaha sepenuhnya untuk bangun dan bercakap di hadapan umum di dalam keadaan MS. Walaupun demikian, kebiasaannya, di dalam pertarungan di antara MS vs MBS untuk memusnahkan “negative anchor” ini, kemenangan itu selalunya berpihak kepada MBS.

Jadi apa yang kita boleh dilakukan?

Disinilah timbulnya kepentingan NLP. Melalui proses terapi diri NLP, seseorang Pengamal NLP akan cuba memasuki Zon MBS individu tersebut. Beliau harus melalui halangan-halangan yang mencabar. Halangan pertama ialah MS & Proses Kritikal individu tersebut. Analogi yang boleh Bro kongsikan ialah, bayangkan MBS ialah RUMAH anda. RUMAH anda mempunyai pengawal keselamatan yang lengkap bersenjata, bertubuh sasa dan mempunyai kemahiran yang hebat. Pengawal keselamatan itu adalah MS. Proses Kritikal pula merupakan semua sekali skop kerja yang wajib dilakukan demi untuk mempertahankan RUMAH ANDA (MBS). (Kedua-dua MS dan Proses Kritikal ini pula kita namakan kubu pertahanan). Apabila sesuatu trauma itu begitu pahit dan perit, maka pengawal keselamatan itu akan berusaha keras untuk memastikan tiada sebarang cubaan dilakukan untuk mengakses kembali memori-memori pahit tersebut. Disinilah timbulnya cabaran utama seseorang Pengamal Terapi NLP untuk menembusi kubu pertahanan tersebut. Proses ini boleh memakan masa di antara 30 min hingga 2 jam sebelum kubu tersebut dapat ditembusi.

Apabila kubu pertahanan berjaya ditembusi, bermulalah proses mengenal pasti semua titik-titik hitam atau negative anchor yang terdapat di dalam diri seseorang itu. Kesemua negative anchor tersebut akan dianalisa, dineutralkan dan ditukarkan kepada titik-titik positif yang seterusnya akan menjadi sumber kekuatan kepada seseorang individu tersebut. Proses ini pula mengambil masa diantara 3 hingga 6 jam bergantung kepada keadaan mereka.

Selesai proses “Seek, Neutralize & Transform”, mereka akan dibawa untuk melihat tujuan sebenar mereka di atas muka bumi ini berdasarkan kepada kekuatan dan potensi sebenar yang telah mereka dapati. Nampak tidak masuk akal seolah-olah filem Back to the Future kan? Tetapi begitulah besarnya kuasa Allah dan begitulah berkuasanya minda kita. Kaedah FMS (Frame Mind Shifting) membolehkan seseorang tu melihat diri mereka di dalam zon MBS di masa hadapan, 5-tahun atau 10-tahun akan datang. Proses ini juga seterusnya akan membolehkan seseorang itu boleh merasai “Feel” kewujudan saat itu dan melalui pengalaman ketika melawat diri mereka di masa hadapan (Aplikasi Human
Representational System – berbeza bagi setiap individu). Satu perkara yang perlu dijelaskan disini, di dalam zon MBS, masa adalah tidak releven. MBS hanya mengenali masa sekarang, “Present Tense” sahaja. MBS tidak mampu untuk membezakan sama ada ianya sudah berlaku atau pun tidak atau kesan/impak yang berlaku terhadap kehidupan kita ketika kita berada di MS. Hanya mereka-mereka yang telah melalui Terapi NLP ini sahaja yang boleh menggambarkan pengalaman, perasaan pahit dan perit ketika bertemu “negative anchor” dan perasaan gembira ketika mereka melihat diri mereka di masa akan datang.

Proses terapi NLP yang berjaya akan memberikan kesan serta merta kepada individu yang melaluinya. Ini disebabkan oleh proses tersebut, menyelesaikan konflik-konflik yang terdapat di dalam zon MBS. Proses ini, menukarkan syarat-syarat negatif atau beban berat yang telah dipikul selama ini kepada syarat-syarat yang positif untuk kecemerlangan diri mereka pada peringkat dasar. Disamping itu, ianya juga turut memberikan hala tuju baru, matlamat sebenar tentang kejayaan dan apa yang boleh membuatkan mereka benar-benar mencapai ketenangan dan kebahagian yang hakiki. Disebabkan proses ini dilakukan di zon MBS, maka ianya akan kekal sehinggalah ianya diubah.

Diakhir proses NLP, individu terbabit akan dibawa keluar dari zon MBS. Berdasarkan kepada pengalaman Bro Azli, perubahan yang paling ketara selepas proses terapi NLP ialah perubahan pada riak wajah mereka. Mereka kelihatan lebih tenang, lega dan senyuman yang begitu asli dan bukan plastik. Satu perkataan yang biasanya lahir dari mulut mereka, diantara lain, lega, tenang, magic dan Alhamdulillah. Beban berat yang mereka pikul selama ini, lenyap di dalam proses tersebut. Mereka juga kini mampu berkongsi kisah-kisah yang sangat memalukan (Pada pandangan mereka) mereka
satu ketika dahulu bersama bro Azli. Pada mereka, ianya bukan lagi menjadi satu kelemahan, sebaliknya ianya menjadi satu sumber kekuatan baru dalam diri mereka untuk mereka terus bangun dan menuju ke arah matlamat sebenar mereka.

Salah seorang dari peserta terapi NLP bersama bro Azli, melalui proses ini dengan tujuan mendapatkan kembali ingatannya yang telah hilang (18-tahun memori dari kanak-kanak) akibat daripada kejadian kemalangan ngeri yang berlaku pada tahun 2004. Sebelum proses terapi, beliau ada mengatakan, terdapat darah beku dikepalanya dan doktor telah memberikan suntikan, dan mungkin itu menyebabkan beliau kehilangan memori silam. Proses Terapi tersebut berlangsung selama 5 jam. Hasil terapi, beliau mampu mengingat kembali memori lampau yang telah hilang selama 18 tahun. Beliau mampu menulis menggunakan tangan kanan (Tangan asal sebelum kemalangan) sebaik sahaja
selesai proses terapi tersebut. Alhamdullilah. Untuk pengetahuan semua, perasaan Bro Azli ketika itu, priceless. Nothing, no money can be exchanged for that moment. Boleh lihat, perkongsian beliau di link di bawah (11min). Perkongsian asal 1 jam 30 min.

Satu Keunikan proses terapi NLP bersama Bro Azli ialah, ianya dilakukan secara atas talian (Online). Ini bermaksud kawan-kawan semua tidak perlu keluar rumah. Hanya berbekalkan, telefon pintar dengan caj bateri penuh, talian internet 4G, pengecas telefon dan “earphone”. Perkara yang paling penting untuk terapi ini ialah, tiada gangguan selama mana yang diperlukan, di antara 3-jam ke 6-jam. Tiada sebarang ubat atau bahan kimia digunakan di dalam proses ini.

Proses terapi ini pula terbahagi kepada 3 bahagian, 1. Pra-NLP (1 hari): Pengisian borang pendaftaran, soal selidik dan borang kerahsiaan pelanggan. 2. Proses Terapi NLP Bersama Bro Azli. (1 hari). 3. PosNLP (1 hari): Pemantauan keputusan di dalam tempoh 24 jam.

Apa yang Bro boleh bagi jaminan, setelah selesai anda keluar dari zon MBS untuk kali terakhir, anda akan menjadi seorang individu yang baru, individu yang positif dan bersemangat, individu yang mempunyai yang tahu matlamat dan hala tuju tanpa sebarang tali pengikat yang menghalang mereka dari mencapai kejayaan mereka. Insya Allah.

Perkara terakhir yang bro ingin kongsikan untuk kawan-kawan semua ialah, kadar kes tekanan perasaan, emosi adalah merupakan kes yang agak kritikal di Malaysia. Berdasarkan statistik KKM, 2015, 29.2% atau 4.2 juta penduduk Malaysia mengalami masalah ini. Jumlah yang tidak direkodkan?

Tekanan perasaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tekanan perasaan bukan bermaksud kita tidak siuman. Tekanan perasaan bermaksud, ada sesuatu perkara di dalam diri atau jiwa kita yang masih belum diselesaikan. Bagi yang bernasib baik, mereka tahu yang mereka ada masalah. Bagi yang kurang bernasib baik, mereka tidak tahu mereka ada masalah. Bagi yang malang, mereka tahu mereka ada masalah tetapi membiarkan, menafikan masalah tersebut. Kesemua kategori tersebut menjurus
kepada satu keputusan, mereka akan bertambah parah. Mereka terlepas peluang untuk mengecapi kehidupan yang bahagia. Mereka gagal mengenal potensi diri mereka sebenar. Mereka terpaksa menggunakan segala apa yang ada untuk “berkawan” dengan kehidupan dan yang pastinya, ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Kepada kawan-kawan yang merasakan ini mungkin hadiah terbaik untuk diri anda dan kawan-kawan yang merasakan diri mereka OKAY, apa kata, anda buat temu Janji anda dengan Bro Azli, dan kita lihat apakah anda betul-betul okay seperti yang anda war-warkan atau, anda akan jadi lebih baik selepas program terapi ini. Harga pengenalan yang bro tawarkan hanyalah RM3,999.00 untuk program 3 hari yang pasti menjanjikan satu pengalaman dan transformasi sebenar diri kawan-kawan semua. Selepas
program tersebut, anda sendiri pasti akan tahu betapa nilai yang bro letakkan itu adalah terlalu rendah dengan nilai kebebasan yang anda milik, anda yang baru, anda yang positif dan anda yang telah kenal apa itu BIG WHY Sebenar anda.

Untuk 50 peserta pertama di dalam tempoh 1 bulan dari tarikh hari ini (11.1.2019), bro akan pakejkan sekali Program Bimbingan Untuk Mengejar BIG WHY Anda selama 2 bulan bernilai RM1,800.00, tanpa sebarang caj tambahan.

Terima kasih kawan-kawan semua. Bro harap apa yang telah bro kongsikan, dapat memberikan anda semua tambahan ilmu pengetahuan tentang apa yang telah berlaku kepada diri kita selama ini dan mengapa keadaan saya begini. Ingat, hanya kita sahaja yang boleh mengubah diri kita bukan orang lain. Kenapa? Ingat lagi MS dan PK yang bertindak mengawal MBS kita? Dan ingat MBS kita akan sentiasa melakukan apa sahaja mengikut syarat-syarat yang telah diprogramkan di dalam diri kita berdasarkan kepada apa yang telah terjadi kepada diri kita semenjak kecil hinggalah sekarang. Semuanya terletak di tangan kita sendiri.

Ingat bagaimana dengan memprogramkan semula MBS, sahabat kita ini mampu mengakses kembali semua memori yang pernah dia miliki dan seperkara lagi, pemprograman MBS mampu menyuntik nilai murni kepada sahabat kita ini, untuk tidak bersikap pemarah … dengarkan perkongsian beliau sekali lagi.

Bro jumpa kawan-kawan dalam siri akan datang … Insya Allah

Bro Azli
http://mesejdiriandasebenar.my
#findurtrueself #unfoldthenewu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.