Home Education & Training Apakah Sistem Maklumat Pengurusan/ Management Information System (MIS)

Apakah Sistem Maklumat Pengurusan/ Management Information System (MIS)

551
0

 

Apakah Sistem Maklumat Pengurusan/ Management Information System (MIS)

Oleh: Baharim Sukari

******************************

Management Information System (MIS) adalah pangkalan data berkomputer yang menyusun, meringkaskan dan menganalisis sebarang jenis maklumat yang berguna kepada pengurus syarikat.

Walaupun kebiasanya digunakan sebagai sistem yang berkaitan data kewangan, MIS juga boleh di bangunkan untuk menguruskan maklumat dalam semua aspek operasi syarikat. Ini termasuk bidang yang berbeza seperti;

• Pengurusan Kewangan
• Pengurusan Sumber manusia
• Pengurusan Jualan
• Kawalan inventori
• Maklumat pelanggan
• Pemasaran media sosial
• dan apa saja yang perlu diketahui oleh pasukan pengurusan mengenai syarikat itu.

Penggunaan MIS adalah untuk memantau prestasi syarikat terkini (real time), setiap Pengurus Jabatan juga boleh menggunakannya untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti jabatan mereka.

MIS boleh diprogramkan untuk menghasilkan laporan secara automatik pada setiap bulanan, suku tahunan atau lain-lain jangka masa tertentu, dan juga boleh diakses untuk menghasilkan laporan khas apabila diperlukan.

******************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.