Home E-KATALOG Panduan Eksport – Aliran Proses Eksport Kargo (FCL & LCL)

Panduan Eksport – Aliran Proses Eksport Kargo (FCL & LCL)

543
0

Panduan Eksport – Aliran Proses Eksport Kargo (FCL & LCL)

Dokumen ini dibangunkan adalah sebagai garis panduan kepada pengeksport dalam membuat persiapan dan operasi pengeksportan barang dagangan melalui pelabuhan-pelabuhan yang terdapat di Malaysia.

Maksud FCL adalah Full Container Load – Barang dagangan pengeksport akan dimuatkan dalam kontena penuh (hanya barang dagangan milik sendiri). Di Malaysia kebiasaannya penggunaan kontena adalah bersaiz 20 kaki (20′ X 8′ X 8’6″), 40 kaki (40′ X 8′ X 8’6″) atau 40HQ (40′ X 8′ X 9′ 6″). Teramat jarang penggunaan kontena bersaiz 45 kaki (45′ X 8′ X 9’6″) kerana saiznya yang panjang dan tinggi tidak sesuai berada di jalan-jalan raya  di sesetengah negara.

Maksud LCL adalah Lesser than Container Load – Kebiasanya pengeksport menggunakan kaedah ini apabila jumlah barang dagangan sedikit. Barang dagangan akan dibungkus (packing) terlebih dahulu sebelum di bawa ke pelabuhan untuk di masukkan ke dalam kontena bersama barang dagangan pengeksport lain (berkongsi kontena).

Proses pengeksportan adalah satu proses yang agak rumit kerana melibatkan banyak pihak dan dokumentasi. Untuk panduan pengeksportan anda boleh memuat turun Export Process Flow ini…

Disediakan oleh: Baharim Sukari

 

Klik di sini peluang menjadi PENGEKSPORT BAHARU BUMIPUTERA dengan memasarkan produk anda ke negara China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.