Home Inspirasi Niaga ‘Street Wear’ Zamiqo tambah duit poket Zaim Haziq

‘Street Wear’ Zamiqo tambah duit poket Zaim Haziq

807
1
Zaim Haziq pengasas Zamiqo

 

Oleh: Suhaila Ali

Serdang, 15 Oktober 2017 – ‘Street wear’ yang sinonim dan popular dalam kalangan golongan muda masa kini telah mencetuskan idea Zaim Haziq Ghazali, 22 tahun untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Bermula dengan hanya berniaga secara ‘dropship’ pada usia 20 tahun kini, Zaim telah mempunyai syarikatnya sendiri iaitu Zamiqo Enterprise.

Bagi anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini, dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang baharu bagi dirinya. Hal ini kerana, beliau sudah mula berniaga sejak zaman persekolahan dengan hanya menjual makanan di hadapan sekolahnya. Tambahan pula, ibu bapanya turut menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan pakaian.

Zaim Haziq (dua dari kiri) bersama rakan modelnya mengayakan Bomber Jacket keluaran Zamiqo.

Apabila ditanya mengenai Zamiqo, anak kedua daripada tiga beradik ini menyatakan Zamiqo merupakan perniagaan yang bertunjangkan ‘street wear’ dimana ianya lebih tertumpu untuk menarik pelangan dalam kalangan golongan muda.

Di samping, Zamiqo turut menjalankan perniagaan secara ‘trading’,’retail’ dan borong.

Kini, Zamiqo mempunyai empat rangkaian media sosial iaitu Instagram (Zamiqo.official), Facebook (Zamiqo), Twiter (Zamiqo Official) dan website (www.zamiqo.com)

Meskipun beliau masih muda dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) namun itu bukanlah penghalang bagi beliau untuk terus berjaya dalam dunia perniagaan.

“Saya berharap agar jenama Zamiqo dapat dikenali di peringkat antarabangsa” kata Zaim.

Pada tahun ini sahaja beliau telah dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Keusahawanan Persis Pewira KOLEJ 10 (UPM).

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.