Home Food & Beverages Sedap Hmmph, Sambal Kicap Maji!

Sedap Hmmph, Sambal Kicap Maji!

469
0

Oleh: Siti Nur Zuraikha Yaacob & Nazirul Mubin

“Sedapnya kicap ni. Limpahan rasa lemak manis buat saya teringat-ingat akan Kicap Maji. Sumpah, memang tak pandang langsung dah kicap lain”. Itulah ungkapan pertama yang keluar dari bibir pelanggan setelah merasai penangan sambal kicap Maji.

Menurutnya, sambal Kicap Maji sangat istimewa bukan sahaja dari aspek rasa, malah sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak. Ianya sos serbaguna yang boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan seperti ayam masak kicap, mee goreng, pencicah goreng pisang atau ikan bakar. ‘’Kicap ini mampu menukarkan rasa masakan anda menjadi luar biasa.’’

Produk sempurna ini dicipta oleh Maji Enterprise yang terletak di Bandar Putra, Seri Kembangan, Selangor. Ianya 100% diusahakan oleh usahawan Melayu tempatan iaitu Puan Maji Yusoff. Menurut beliau, perjalanan kicap Maji bermula pada tahun 2011 dengan dipacking menggunakan botol mineral sahaja. Pasaran pula terhad di kawasan Equine kerana pada masa itu orang ramai belum mengenali Kicap Maji.

“Saya adalah pengeluar kicap yang pertama sekali di pasaran. Alhamdulillah, dalam masa dua bulan, kicap Maji mula mencuri hati para pelanggan berdekatan dan juga di luar kawasan Selangor. Saya juga menukar packaging seperti yang digunakan sekarang.”

Dengan menyediakan kualiti kicap yang terbaik, Maji Enterprise berjaya menjalin kontrak bersama Mak Cun Halal Mart dan juga Koperasi Negeri Sembilan. Tambahnya lagi, sambal kicap Maji turut memenangi anugerah Tempat Pertama di Selangor pada 2012 dan meraih kategori Sos Kedua Terbaik di Negeri Sembilan pada tahun 2015.

Harga sambal Kicap Maji adalah serendah RM7 sebotol. Ianya cukup berbaloi kerana Maji Enterprise menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, tanpa pengawet tambahan dalam menjamin keenakan produk keluarannya. ‘’Pelanggan baru perlu merasai kicap Maji. Ianya lazat, mudah dan selamat. Maji Enterprise memiliki agen-agen seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Hubungi saya 012-3991365 (Puan Maji) atau Fb Sambal Kicap Maji untuk pembelian.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.