Home Farming & Agriculture UPM jana pendapatan melalui penanaman Ubi Kayu

UPM jana pendapatan melalui penanaman Ubi Kayu

5041
0

Universiti Putra Malaysia (UPM) menjana pendapatan sendiri melalui penjualan hasil pelbagai jenis tanaman terutama Ubi Kayu, sebagai usaha merealisasi impian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang inginkan  Universiti awam menjana pendapatan sendiri  melalui kepakaran dalam bidang akademik dan penyelidikan, latihan, wakaf, sumbangan alumni, jalinan korporat perniagaan, perkhidmatan dan peruncitan di universiti masing-masing.

Menurut Penolong Pegawai Pertanian UPM Mohd Nazrul bin Anis, ladang Ubi Kayu yang terletak di Ladang 15, Fakulti Pertanian UPM akan dituai dalam masa beberapa bulan sahaja lagi untuk dipasarkan bagi tujuan pembuatan kerepek menjelang hari raya nanti. Tambah beliau, fokus penanaman Ubi kayu tersebut adalah untuk pembuatan kerepek. Disoal mengenai pasaran, sebelum ini produk tersebut telah dijual kepada Pemborong dan Kilang kerepek di Banting dan Johor dalam skala yang besar.

 

Antara tenaga kerja projek penanaman Ubi Kayu

Mengulas lanjut, Beliau berkata projek penanaman Ubi Kayu seluas 2 ekar dibawah PUTRA TANI  tersebut dilaksana kerana melihat akan peluang memperoleh keuntungan yang tinggi ekoran modal yang diperlukan agak rendah serta tidak memerlukan sistem penjagaan yang rumit seperti tanaman lain. Tanaman tersebut hanya menggunakan 3 jenis baja iaitu  Baja UREA (Daun), NPK GREEN (Pertumbuhan) dan NPK BLUE (Buah) yang agak mudah didapati.

Dalam pada itu, Mohd Nazrul berkata, Pertanian kebiasaannya terkenal dengan perkataan rumit, kotor, perlu berpanas, berhujan dan sebagainya. Ia menunujukkan sebahagian  masyarakat terlalu ingin mudah untuk berjaya. Oleh itu pembaharuan “Mindset”  harus dilakukan oleh golongan tersebut terutama mahasiswa UPM agar Warisan jejak pertanian yang telah diwarisi UPM lebih 80 tahun yang lalu terus diwarisi oleh generasi akan datang.    “Penanaman pokok Ubi Kayu sangat mudah kerana ia tidak perlu disiram dan dibelai” ulas Penolong Pegawai Pertanian UPM tersebut.

Hasil memuaskan! Ubi Kayu seberat 7 Kg satu pokok

Mengimbas kejayaan UPM sebelum ini, terutamanya kejayaan mencipta 9 produk teknologi pertanian oleh sekumpulan penyelidik UPM pada 2016  tidak mustahil projek penanaman Ubi Kayu tersebut berjaya  menjana pendapatan sendiri dengan menggunakan kepakaran dalam bidang penyelidkan  sekali gus mempromosi UPM ke peringkat serantau dan antarabangsa.

Produk UPM selain Ubi Kayu yang telah dipasarkan

 

 

Oleh: Che Norzira Che Jid @chenorzira@yahoo.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.