Home Inspirasi Niaga ‘Vintage’ Suntik Minat Ahmad Muslim

‘Vintage’ Suntik Minat Ahmad Muslim

180
0

Oleh: Che Norzira binti Che Jid @ chenorzira@yahoo.com 

Gambar Kedai Wafer Ahmad Muslim

Sifat Keusawanan kini menjadi satu aspek penting yang menjadi kayu ukur kebolehan seseorang terutama dalam kalangan mahasiswa. Ia seakan penambah perasa yang membezakan setiap individu. Kini industri bukan hanya melihat pencapaian akademik sahaja malah menjadi keutamaan kepada individu yang mempunyai kemahiran dan sifat keusahawanan yang tinggi.

Menyedari fenomena yang berlaku, Ahmad muslim yang merupakan bekas mahasiswa UPM tidak ketinggalan melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Beliau yang mempunyai minat dalam bidang tersebut sejak awal lagi, kini telah membuka perniagaan wafer di fakulti pengajiannya setelah berfikir panjang mengenai jenis perniagaan dan cabaran yang akan dihadapi sebagai usahawan muda.

Gambar Kedai Wafer Ahmad Muslim

Menyingkap kenangan lampau, beliau yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dilahirkan dalam keluarga yang berlatar belakangkan perniagaan mempunyai minat dan asas ilmu perniagaan yang dipungut dari bapanya sendiri sejak kecil lagi. Namun cara menzahirkan minatnya agak berbeza dengan usahawan muda lain ekoran beliau sebagai peminat Fanatic “Vintage”.

Meskipun hanya menjual Wafer tetapi beliau telah mencipta kelainan terutama terhadap susunan barang-barang dan perhiasan kedai tersebut. Kebanyakkan perhiasan kedai tersebut terdiri dari barang-barang lama untuk menghidupkan suasana Vintage sebagai identiti perniagaanya.Menurut beliau, perancangan untuk membuka restoran berkonsepkan “Vintage” bakal menjadi kenyatan suatu hari nanti jika Allah mendengar doanya yang setiap hari terungkap tanpa henti solat.

Minat terhadap barang-barang lama beliau semakin terselah apabila beliau menggunakan kereta mainan VolkWagen Beetle sebagai sebahagian perhiasan di kedai tersebut. Jika dilihat mungkin agak berbeza konsep dengan anak muda lain tetapi lebih menarik dan tertarik. Kini perniagaan beliau semakin baik dengan sokongan rakan–rakan dan keluarga tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.