Home Inspirasi Niaga Mahasiswa cabar diri

Mahasiswa cabar diri

224
0

Oleh: Tun Nur Khairulnissa binti Tun Mahadi

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyediakan pelbagai platform untuk memulakan perniagaan. Baru-baru ini, mulai 1 Januari 2017, Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan telah diperkenalkan bagi mendorong minat para pelajar untuk berniaga. Oleh itu, SSM telah memperuntukkan RM10 juta bagi tempoh 10 tahun kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang layak.

Pemilik ‘Kopftuch’ menggayakan salah satu keluaran tudung beliau.

Selari dengan usaha pihak kerajaan yang telah mewujudkan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan sebagai satu platform bagi pelajar IPT untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan, Siti Aida Aliah binti Mohd Azlan mencabar diri dengan mengeluarkan produknya sendiri. Aida merupakan seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), berumur 22 tahun, mula mengeluarkan beberapa jenis tudung yang diberi nama ‘Kopftuch’ bermula Julai 2015 bersama rakan kongsinya Farhana Farid yang juga merupakan pelajar UPM.

Laman Instagram milik Kopftuch      

Antara tudung keluaran Kopftuch @kopftuch

Sepanjang menceburi bidang ini, tidak dinafikan terdapat halangan dan rintangan dalam memajukan  perniagaan tudungnya memandangkan beliau juga perlu memberikan fokus dalam pelajaran. Apabila diajukan soalan berkenaan cabaran yang dihadapi, Aida telah mengenalpasti beberapa halangan antaranya ialah prospek yang kurang, sukar untuk menjalankan promosi terutama di media sosial dan kekurangan masa untuk ke pejabat pos kerana jadual kelas yang agak padat.

Menurut usahawan muda ini, beliau mula mengambil langkah untuk mengeluarkan tudung dengan jenama sendiri atas faktor kesukaran untuk mendapatkan saiz tudung yang menepati citarasanya. Oleh yang demikian, beliau menjadikannya sebagai satu peluang untuk menambah pendapatan sampingan kerana tudung keluaran Kopftuch dihasilkan dengan harga yang mampu milik terutama untuk para pelajar IPT. Ini juga merupakan salah satu strategi Kopftuch kerana sasaran pasaran yang ditetapkan adalah pelajar IPT yang mahu memiliki tudung yang cantik menggunakan bahan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Diharapkan dengan medium yang ditawarkan oleh pihak SSM dapat menarik lebih ramai lagi pelajar IPT untuk bergiat dalam bidang perniagaan kerana selain dapat menambah pendapatan sampingan, meraka juga dapat memperoleh pengalaman sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.