Home Farming & Agriculture Pengusaha Madu Kelulut Rebut Peluang Pasarkan Produk Sendiri di Pasar Tani “MyFarm...

Pengusaha Madu Kelulut Rebut Peluang Pasarkan Produk Sendiri di Pasar Tani “MyFarm Outlet”

254
1

OLECHE NORZIRA BINTI CHE JID / 179721

Pasar Tani “MyFarm Oulet” yang terletak Presint 7, Putrajaya telah dibina pada 1 Mac 2016 oleh kerajaan sebagai satu inisiatif bagi membuka peluang  kepada usahawan untuk memasasarkan produk masing-masing.

Menyedari peluang yang ada, pengusaha madu kelulut Hanafi Haji Hassan yang mempunyai ladang Kelulut sendiri telah merebut peluang dengan memasarkan produk beliau di pasar tani tersebut. Beliau yang berusia awal 41 tahun mula mengusahakan madu kelulut sejak tahun 2015 selepas tamat mengambil kursus di MARDI. Kini beliau mampu menjual madu yang  diproses sendiri di negeri Jelebu, Negeri Sembilan. Menurut pengusaha madu tersebut adalah asli dan belum dicampur dengan apa-apa bahan. Permintaan terhadap madu kelulut menurut beliau agak baik tetpi tidak menentu kerana harganya yang agak mahal kerana sukar untuk diperolehi.

Umum mengetahui bahawa madu kelulut mempunyai banyak khasiat berbanding madu biasa tetapi jika dilihat di pasaran, madu biasa lebih mudah diperolehi dan boleh didapati dengan mudah. Hal ini menarik minat pelanggan yang datang ke pasar tani tersebut untuk singgah ke kedainya. Madu kelulut mempunyai rasa masam-masam manis, tiada tarikh luput menjadi salah satu sebab pelanggan suka membeli dan menyimpannya.

“Jika ramai orang beli maka pendapatan saya bertambah” kata pengusaha tersebut yang menegaskan bahawa dia bukan sahaja menjual madu sahaja, malah dia juga menjual Kicap yang mana dihasilkan sendiri oleh ibunya di kampuang. Kebanyakkan produk yang dijual adalah berasaskan pertanian seperti kacang soya untuk menghasilkan kicap dan buah-buahan untuk menghasilkan aiskrim tanpa campuran bahan pengawet.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.