PROGRAM KELESTARIAN WARISAN ALAM 3 MAC 2018 @ BUKIT BERAPIT MENYEMAI KECINTAAN ALAM DAN SEJARAH
Kuala Lumpur, alam semulajadi dan sejarah adalah merupakan antara aset terpenting negara yang perlu dijaga dan diurus dengan baik, tanpa menyemaikan perasaan cinta terhadapnya adalah sukar untuk kita mencapai objektif itu.
Kesedaran dan kecintaan terhadap alam semulajadi dan sejarah haruslah bermula dari diri kita terlebih dahulu, apakah peranan kita terhadap penjagaan aset negara ini untuk generasi masa hadapan. Janganlah kita jadi pemusnah sehinggakan anak cucu kita di masa hadapan tidak dapat menikmati apa yang kita nikmati sekarang.
Hasil dari kesedaran itu, Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia (WASM) akan menganjurkan Program Kelestarian Warisan Alam yang akan diadakan pada 3 Mac 2018 di Bukit Berapit, Padang Rengas. Lokasi ini dipilih adalah atas faktor sejarah dan alam, di sini terdapatnya 4 (empat) terowong keretapi lama, menurut sumber terowong ini dibina pada tahun 1905 dan tidak lagi diguna sejak tahun 1989. “Lubang Gelap” inilah nama panggilan sesetengah masyarakat setempat kerana keadaan yang amat gelap di dalam terowong-terowong ini.
Antara aturcara program yang telah dijadualkan pada program itu nanti;
7:30 pagi
- Ketibaan para peserta, orang ramai dan petugas program di Tapak Stesen KTM lama, Bukit Berapit, Perak.
8:00 pagi
- Taklimat & Bacaan Doa
- Majlis Pelepasan acara “Berapit Nature Ride 2018” – Kayuhan Alam Berapit 2018 di hadapan Balai Polis Padang Rengas oleh YBhg Puan Sri Dato’ Dr Aishah Binti Hj Salleh, Presiden WASM.
10:00 pagi
- Majlis Perasmian Program Kelestarian Warisan Alam 2018 oleh YBhg Puan Sri Dato’ Dr Aishah Binti Hj Salleh, Presiden WASM
- Pelancaran Galeri Sejarah Terowong Stesen KTM Bukit Berapit, Perak
- Lawatan tapak pameran
- Persembahan & cabutan bertuah
- Pertandingan Fotografi “I WAS @ BERAPIT”
- Pertandingan Kutip, Kumpul & Kira (3K)
- Pertandingan Inovasi Bahan Kitar Semula
- Promosi & Pameran Rakan Kolabrasi
12:00 Tengahari
- Ketibaan Jemputan Khas
- Makan Tengahari/ Persembahan
- Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Aziz, Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas dan Majlis Penyampaian Hadiah pemenang-pemenang dan cenderahati bagi acara-acara yang dipertandingkan.
4:00 Petang
- Minum Petang & Bersurai.
Oleh Baharim Sukari
DAFTAR PERTANDINGAN FOTOGRAFI “I WAS @ BERAPIT”