“Defender SportStore” USAHAWAN MUDA BERJAYA
Oleh Nazrin Aiman Bin Ahmad Taufik | Nazrinaiman@yahoo.com
IPOH, PERAK – Minat tinggi kepada bidang perniagaan sejak zaman sekolah menghasilkan laba besar kepada seorang bekas pelajar tingkatan 6 yang kini telah menjadi usahawan berjaya ketika berumur 23 tahun. Lepasan STPM, Muhammad Faez Helmi Mohd Zin yang juga pemilik Syarikat Defender Sdn.Bhd. mempunyai kedai jersi sukan sendiri di Ipoh berhadapan stadium Hoki Sultan Azlan Shah. Beliau mula berniaga seawal usia 16 tahun apabila dibekalkan produk oleh arwah bapanya dan abang sulungnya. Ketika itu, produk seperti gula-gula dan makanan ringan dijual kepada rakan-rakan di sekolah. Ternyata, walaupun tanpa modal, kemahiran berniaga sudah diterapkan dalam dirinya oleh arwah bapa dan abangnya tanpa disedari.
Muhammad Faez Helmi yang berasal dari , Taiping berkata, semasa di tingkatan 6, dia berniaga secara atas talian untuk mengambil tempahan pelanggan membuat jersi sukan dan pelbagai lagi .
“Saya gunakan nama ‘Defender’ ketika itu dan dalam tempoh 8 bulan mampu mendapat jualan sehingga RM35,000 dengan purata tempahan 200 baju jersi sebulan,” katanya.
Anak keenam dari tujuh beradik itu berkata, sejak dari semester keempat di sekolah itu, dia tidak lagi perlukan duit belanja daripada ibu bapanya sebaliknya mampu menghulurkan wang belanja untuk mereka pula.
Katanya, kini syarikatnya yang mengeluarkan produk di bawah nama ‘Defender SportStore’ mampu menghasilkan sehingga 2,000 helai jersi setiap bulan.
“Saya bermula dengan modal ‘1000’ dan tidak pernah mendapat pembiayaan atau pinjaman mana-mana pihak sehingga ke hari ini.
“Perkara paling penting untuk usahawan adalah ilmu, saya nasihatkan golongan muda supaya lengkapkan diri dengan ilmu pemasaran, jualan dan simpan kira serta jangan mudah terpedaya dengan pujian atau janji orang kepada kita,” katanya.
“Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. Tetapi, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukanperniagaan kerana minat. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga minat pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!”
Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaandengan melakukan apa yang kita suka? Sekiranya kita suka bidang sukan lasak, maka jadikan sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka bidang fesyen patut dijadikan konsep perniagaan kita.
Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.
Menurutnya lagi, Mengakui dirinya sentiasa positif dan tidak mudah berputus asa untuk mengecapi kejayaan, Faiz Helmi yakin dia mampu menggapai impian hidupnya.“Saya mengharapkan perniagaan saya semakin berkembang maju terutama jenama Defender supaya ia sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan.
Setiap jenis perniagaan, sama ada besar atau kecil tetap mempunyai risiko. Seseorang yang ingin berjaya dalam perniagaan perlu memilih jenis perniagaan yang kurang berisiko. Risiko pernigaan muncul akibat pelbagai faktor umpamanya persaingan dan kehendak pasaran. Tidak dinafikan bahawa sekiranya seseorang itu bijak mengendalikan perniagaannya, segala risiko dalam perniagaan dapat diatasi. Risiko perniagaan boleh menyebabkan perniagaan rugi dan jatuh bankrap. Justeru, sebelum memilih perniagaan, pastikan perniagaan tersebut tidak mempunyai banyak risiko yang memungkinkan anda rugi dan gagal dalam perniagaan.
“Saya juga berharap jenama ini dapat berdiri sama tinggi dan setanding dengan jenama antarabangsa lain sekali gus menjadi antara yang disegani,” katanya.Kata faiz Helmi, selain perniagaannya, dia turut memasang impian untuk bergelar antara usahawan perniagaan tersohor negara suatu hari nanti.
“Tiada apa yang mustahil dan saya yakin dengan adanya usaha serta strategi yang betul segalanya dapat dicapai. Saya juga tidak akan berhenti berusaha demi untuk diri sendiri dan keluarga.“Tidak mudah untuk menggapai segala yang diimpikan ini namun saya tidak akan menoleh ke belakang dan terus berjalan ke depan demi melakar kejayaan yang diimpikan,” ujarnya.
Katanya, remaja perlu berusaha gigih untuk berjaya dan jangan takut melangkah dari zon selesa kerana ia akan membuatkan mereka selama-lamanya di takuk lama.
“Saya berjaya buktikan pada semua yang saya boleh berjaya meskipun tidak berkelulusan tinggi. Apa yang penting hindari sifat malu dalam diri, terus berusaha untuk mencapai impian kita dan jangan menjadikan modal sebagai alasan untuk mengorak langkah,” ujarnya lagi.