Home Inspirasi Niaga Perniagaan “Cinta Hati” Bekas Mahasiswa UPM

Perniagaan “Cinta Hati” Bekas Mahasiswa UPM

12497
1

SERDANG –   Kehidupannya hari ini bersiram kemewahan, terdodoi dalam dulang emas. Beliau berjaya  meraih pendapatan sebanyak RM16,000 sebulan hanya dengan menjual Wafer. Beliau adalah  AHMAD MUSLIM BIN AWANG, 24 tahun, bekas Mahasiswa  Universiti Putra Malaysia (UPM)

Bermula dengan modal sebanyak RM700,  memberi pulangan lumayan  kepada peminjan PTPTN  tahun  akhir  Bacelor Komunikasi tersebut apabila mampu menjana pendapat bersih sehingga RM1,500 seminggu. Namun begitu, beliau tidak pernah berbangga dengan pendapatan yang diperolehi tetapi bersyukur dengan rezeki yang Allah s.w.t berikan selama ini. Tidak terlalu mementingkan keuntungan tetapi cuba untung elak kerugian, itu maklamat utama beliau dalam perniagaan. Kini berpegang dengan prinsip  “Dalam berkat ada untung, dalam untung belum tentu ada berkat.” Beliau lebih redha dan berfikiran terbuka dalam menghadapi untung rugi jualan tersebut.

Menurut beliau, kedai yang berkonsepkan ‘Vintage’ diberi nama “BUGS EAT”  kini berusia hampir dua tahun,  yang bertempat di Latar  Siswa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, merupakan sebuah nama aspirasi daripada sebuah kereta  Kura-kura atau nama komersialnya Volkwagen Beetle milikya sendiri. Tambah beliau, kereta tersebut pernah disewa selama 5 hari dengan bayaran sebanyak RM800 untuk penggambaran sebuah filem di RTM sebagai sumber modal bagi memulakan perniagaannya.

Bugs Eat’ mendapat bantuan Central of Entrepreneurial Development & Graduate Marketability (CEM) dalam  penyewaan  tapak, kini mampu   meraih pendapatan lebih RM12,000 sebulan dengan menjual Waffle dan makanan lain seperti seperti Spageti Karbonara, Sosej Cheese, Laksa dan Minuman di samping menyediakan peluang pekerjaan separuh masa kepada pelajar lain yang berminat.

Ahmad Muslim atau lebih dikenali sebagai Pak Mus tanpa segam menceritakan pahit manis  semasa memulakan perniagaan tersebut. Menurutnya, kehidupan dahulu agak daif dan hanya mampu menyewa mesin dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilkan Wafer.  Sangat menyentuh hati apabila beliau mengaku pernah mengumpul bahan-bahan lama seperti longgokkan kayu, meja rosak, botol buangan dan sebagainya untuk menghasilkan peralatan baru bagi menjimatkan kos tanpa meraih simpati orang tua yang tinggal Pasir Puteh, Kelantan.

Beliau yang kelihatan  sebak, menahan titisan air mata disaat meluahkan rasa syukur kehadrat Illahi, dan mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan serta rakan karib Faizan bin Ismail, Ahmad Tarmizi Awang dan Syazwanee Hassan yang banyak membantu menjayakan perniagaan tersebut

Namun begitu, selepas sebulan  menjalankan perniagaan, beliau berjaya membeli sebuah mesin pembuat Wafer dan peti ais serta peralatan lain empat bulan kemudian.   Kini beliau mampu menyediakan  peluang pekerjaan kepada kepada pelajar UPM  dan menjadi salah satu  penaja apabila terdapat sesuatu majlis. Beliau menyatakan, sejak memulakan perniagaan, keputusan  peperiksaan tidak pernah jatuh, malah, kadangkala meningkat mengikut semester semasa. “Penglibatan saya dalam dunia perniagaan tidak mengganggu pembelajaran , tetapi saya harus bijak membahagikan masa supaya pelajaranya tidak terjejas.” Kata mahasiswa tersebut.

Mahasiswa yang berkeyakinan tinggi itu berpendapat, kehidupan di universiti bukan hanya untuk mempelajari teori semata-mata, tetapi mempelajari kehidupan sebenar setelah mereka bergraduasi suatu hari nanti.  Tambahan pula, dalam  keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil mahasiswa perlu berdikari dan menerapkan sifat keusahawanan dalam diri masing-masing sebagai nilai tambah. Hasratnya untuk  melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dalam bidang komunikasi dan bercita-cita memiliki restoran berkonsepkan Vintage sebelum umur 40 tahun patut dijadikan pedoman dalam kalangan anak muda sekarang.

Oleh CHE NORZIRA BINTI CHE JID / 179721 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.