Home Education & Training KURSUS DIGITAL MARKETING and CONTENT CREATION – Iklan anda di ranking teratas...

KURSUS DIGITAL MARKETING and CONTENT CREATION – Iklan anda di ranking teratas carian google!

789
0

KURSUS DIGITAL MARKETING & CONTENT CREATION

1) PENGENALAN

Pemasaran adalah sesuatu yang unik, jika dilakukan dengan kreatif, ianya boleh menimbulkan keyakinan dan boleh mempengaruhi orang ramai untuk membeli barang atau membayar perkhidmatan yang ditawarkan.

Pemasaran dalam sesebuah perniagaan sangat kritikal kerana ianya menentukan prestasi perniagaan anda samada lebih maju dan membesar atau mengecil dan lebih parah jika terpaksa “gulung tikar”.

“Trend” pemasaran sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa, kecenderungan dan minat pelanggan.

Persaingan sengit di pasaran menjadi satu cabaran yang perlu diambil tumpuan. Pemasar kini perlu lebih kretif dalam usaha menangani cabaran tersebut.

DIGITAL MARKETING & CONTENT CREATION” adalah sebuah kursus yang direka khas untuk menjadikan peserta mahir dalam pembangunan Konten Pemasaran dan “Personal Branding” serta belajar tentang bagaimana menggunakan kaedah “Jimat Kos” dan “Pemasaran Berkesan”.

2) HASIL PEMBELAJARAN

Setelah selesai kursus, peserta dapat memahami dan menterjemahkan pengetahuan tentang perkara-perkara berikut:·

  • Memahami proses pemasaran yang betul.
  • Membangun peluang dan strategi pemasaran.
  • Membangunkan konten pemasaran “hard selling and soft selling”
  • Mengurus perniagaan mengikut keperluan pasaran.
  • Memahami bagaimana “Personal Branding” & Sosial Media dapat memberi impak positif terhadap perniagaan masa kini.

3) KANDUNGAN KURSUS

Dalam kursus ini, kami akan menangani lima aspek penting yang berkaitan dengan pemasaran dan perkhidmatan pelanggan;

  • Asas pemasaran 7P
  • Video Marketing & Content Creator
  • Personal Branding
  • Digital & Sosial Media
  • SEO Google

DAFTAR SEKARANG >>> KLIK DI SINI

 

Anda akan bersama Coach Baharim Sukari

Baharim bin Sukari adalah merupakan PENGARAH URUSAN di syarikat SC Creative Solutions Sdn. Bhd.

Baharim aktif dalam lapangan perniagaan, pembangunan modal insan, pengendalian program-program latihan, motivasi dan khidmat konsultansi perniagaan. Selain itu beliau juga merupakan usahawan dalam industri pembuatan dan pembekalan pakaian (fbs-fashion.com) dan penternakan lobster air tawar.

Beliau adalah pengasas dan pemilik majalah dalam talian M-NIAGA (m-niaga.com.my), memiliki kedai maya (mnshop.com.my) bagi tujuan penjualan dan promosi produk-produk jualan syarikatnya.

Kerjaya: BAHARIM BIN SUKARI merupakan Pengarah Urusan kepada syarikat SC Creative Solutions Sdn Bhd. Seorang yang berpengalaman selama lebih 25 tahun dalam bidang pengurusan perniagaan terutamanya bidang logistik, Jualan dan Pemasaran. Bermula tahun 1991 hingga 2006 bersama syarikat antarabangsa yang beribu pejabat di Osaka, Jepun dan kini beliau memberi tumpuan penuh kepada perniagaannya sendiri.

Beliau seorang graduan daripada Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Organisasi dan Kepimpinan. Seorang yang mementingkan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran, kini beliau banyak menganjurkan program-program pembangunan perniagaan & modal insan.

Seorang yang berkemahiran dalam bidang kejurulatihan dan motivasi sejak tahun 2005, beliau telah berdaftar sebagai “Trainer” di PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Kementerian Sumber Manusia) juga Panel Pakar Industri Negara (DPIN)-JPK.

Beliau kini telah berjaya membimbing ramai usahawan dan kakitangan syarikat korporat terutamanya dalam bidang keusahawanan, pengurusan diri & kerjaya, team building dll.

Pakar dan berpengalaman dalam pelbagai kaedah pemasaran, penjenamaan dan jualan samada offline mahupun onlie, beliau lebih suka berkongsi dan membimbing secara hands-on.

Dari pengalaman luas yang dimiliki oleh Baharim, kini Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah melantik beliau sebagai fasilitator untuk mengendalikan program-program Latihan/ kursus pengurusan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan-usahawan dari serata Malaysia. Beliau juga sering dijemput untuk mengajar dan memberi latihan kemahiran pengurusan perniagaan dan pemasaran dalam program-program HRDF.

PORTFOLIO:

TESTIMONI:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.