XN2017 XplOrasiNiaga: Restoran Steambot & Grill Hot Pot King | Usawan Muda Berani Bisnes Makanan
Sebut sahaja steamboat, pasti kita akan terfikir kepelbagaian jenis makanan seafood, kambing grill, pelbagai bebola ikan, sayur dan sebagainya. Menyediakan dan memasak sendiri, boleh makan panas-panas apatah lagi kena dengan citarasa serta resepi yang menyelerakan. Wow! kat mana kita nak dapat ni?
Siri XplorasiNiaga kali ini, kami bawakan kepada anda sebuah perniagaan restoran steamboat dan grill yang berada di B-G-1, Pusat Komersial Jalan Kuching, Jalan Kepayang Off Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Sebuah perniagaan yang diusahakan oleh seorang anak muda, Muhammad Zuraimi Muhammad Nasir telah mengusahakan restoran Hot Pot King Steamboat & Grill ini semenjak tahun 2015 lagi. Syabas dan tahniah anak muda.
Kepada mereka yang hendak membuat tempahan, anda boleh terus menghubungi Hot Pot King di talian 011-2338 0822.
Kami di M Niaga TV mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah menonton dan menyokong kami, jangan lupa yang belum subscribe untuk menekan butang SUBSCRIBE. like & Share. “Sokongan and pemangkin kemajuan ekonomi”
Oleh Baharim Sukari / baha@m-niaga.com.my