Home Agriculture XN2015 XplOrasiNiaga: Penternakan Kelulut Tepi Rumah | Cara Ambil Madu Asli |...

XN2015 XplOrasiNiaga: Penternakan Kelulut Tepi Rumah | Cara Ambil Madu Asli | Serangan Kelulut Liar

254
0

XN2015 XplOrasiNiaga: Penternakan Kelulut Tepi Rumah | Cara Ambil Madu Asli | Serangan Kelulut Liar

Kajang – Madu kelulut adalah antara produk yang mempunyai permintaan tinggi kerana ianya mempunyai khasiatnya tersendiri.

Encik Mat Pisol berkongsi pengalaman beliau menternak kelulut.

Penternakan kelulut dikatakan mudah dijalankan kerana ianya tidak memerlukan kawasan yang luas, cukup sekadar di tepi rumah ianya mampu diusahakan.

Usahawan pilihan XplOrasiNiaga kali ini adalah merupakan seorang pesara polis di Kampung Sungai Kembong, Rinching Hilir, Kajang. Mat Pisol Saad telah mengusahakan penternakan kelulut sejak tahun 2018.

Serangan kelulut liar ke atas sarang kelulut ternak.

Setiap sesuatu itu pasti mempunyai cabarannya tersendiri, semasa pengambaran kami di sini, kejadian yang tidak diingini telah terjadi di mana satu daripada sarang kelulut telah di serang oleh kelulut liar. Antara faktor ianya terjadi adalah kerana pada masa tersebut kerap berlakunya hujan di mana kelulut-kelulut tidak dapat mencari makan/ madu. Ini menyebabkan kelulut liar tersebut menyerang mana-mana sarang kelulut yang lemah dengan tujuan mengambil alih dan memakan madu-madu di situ. Ada kemungkinan akibat serangan ini, ianya akan menyebabkan sarang tersebut menjadi kosong sekiranya permaisuri di dalam sarang tersebut mati.

Pengalaman saya (Baharim Sukari) merasai madu asli terus dari sarang.

Apapun saksikan video perkongsian kami ini untuk anda mendapatkan maklumat tentang penternakan kelulut di tepi rumah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bekalan madu kelulut asli, anda boleh menghubungi terus encik Pisol di talian 019-394 7524.

Oleh Baharim Sukari/ baha@m-niaga.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.