Home Food & Beverages Perusahaan dan Pembekal Keropok Losong, Keropok Lekor Besut Terengganu

Perusahaan dan Pembekal Keropok Losong, Keropok Lekor Besut Terengganu

772
0

220019 BicaraNiaga: Keputusan “Berani Mati” Balik Kampung, Bisnes Studio Tukar Kepada Keropok Losong

Nama Perniagaan: Salma Keropok Losong

No Untuk Dihubungi: 014-527 4666

Lokasi: Kampung Lak Lok, Besut, Terengganu

Usahawan pilihan BicaraNiaga kali ini adalah merupakan usahawan yang berani mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan meninggalkan perniagaan studio yang telah dibina bertahun-tahun.

Nazri (kiri) mesra melayan pelanggan

Nazri atau lebih mesra dipanggil Yie terpaksa meninggalkan perniagaannya di bandar dan pulang ke kampung halaman beliau demi melunaskan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya.

Bagai satu kejanggalan dan kebuntuan apabila pulang ke kampung, Nazri tidak tahu apa yang patut dilakukannya sehinggalah beliau mendapat nasihat dari sahabat karib beliau supaya menjalankan perniagaan keropok.

Pelanggan dapat membeli dan menikmati keropok yang baru disiapkan.

Dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan, Nazri mengusahakan perniagaan baharunya dilokasi yang agak strategik. Kini perniagaan keropok beliau telah 10 tahun dijalankan.

Pelbagai jenis keropok dan makanan boleh didapati di sini.

Oleh Baharim Sukari/ baha@m-niaga.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.