Home Charity Indahnya Berkongsi Raya: 21 Pelajar Tahfiz Terima Sumbangan Pakaian Raya di Kompleks...

Indahnya Berkongsi Raya: 21 Pelajar Tahfiz Terima Sumbangan Pakaian Raya di Kompleks PKNS Bangi

28
0

Indahnya Berkongsi Raya: 21 Pelajar Tahfiz Terima Sumbangan Pakaian Raya di Kompleks PKNS Bangi

BANGI, 12 Mac 2026 – Seramai 21 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah menerima sumbangan pakaian raya dalam program kebajikan “Indahnya Berkongsi Raya” yang berlangsung di Kompleks PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi hari ini.

Program ringkas tetapi penuh bermakna itu dianjurkan bagi berkongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri bersama pelajar-pelajar tahfiz yang mengabdikan masa mereka untuk menghafaz dan mempelajari Al-Quran.

Tn Hj Abu Khair (2 dari kiri) sedang menyampaikan sumbangan pakaian raya kepada pelajar tahfiz.

Sumbangan pakaian raya tersebut telah disampaikan sendiri oleh pemilik Butik D’Khair Collection, Tn. Hj. Abu Khair bin Yahya. Butik tersebut beroperasi di Lot 1.12B, Tingkat 1 Kompleks PKNS Bangi, dan turut membuka jualan di booth Karnival Festira Ramadan yang sedang berlangsung di kompleks berkenaan.

Pemilik Butik, Tn. Hj Abu Khair sedang melayani pelajar tahfiz (mengukur saiz baju).

Menurut beliau, program ini merupakan satu usaha kecil untuk berkongsi rezeki dan menceriakan sambutan Aidilfitri anak-anak tahfiz.

“Sumbangan pakaian raya ini mungkin tidak seberapa, namun ia datang daripada hati yang ikhlas. Kami berharap ia dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak tahfiz apabila menyambut Syawal nanti,” katanya.

Program tersebut turut mendapat sokongan pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menyediakan ruang dan kemudahan pentas bagi menjayakan majlis tersebut.

Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah turut merakamkan penghargaan atas sumbangan yang diberikan, sambil menyifatkan inisiatif seperti ini sebagai satu bentuk sokongan moral kepada para pelajar yang sedang menuntut ilmu agama.

Gambar kenangan kakitangan pengurusan D-Khair Collection bersama dua orang dari pihak pengurusan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah.

Program Indahnya Berkongsi Raya bukan sahaja mencerminkan semangat berkongsi dalam bulan Ramadan, malah turut memperkukuhkan nilai kebajikan dan keprihatinan masyarakat terhadap institusi pendidikan tahfiz.


Disediakan oleh:
Baharim Sukari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.