Home Entertainment Kejayaan A.C.A.B. di Pentas Eropah Angkat Nama Muzik Tempatan

Kejayaan A.C.A.B. di Pentas Eropah Angkat Nama Muzik Tempatan

7
0

Kejayaan A.C.A.B. di Pentas Eropah Angkat Nama Muzik Tempatan 

Oleh Baharim Sukari

SEPANG, 9 Disember (Selasa) – M-Niaga TV hari ini menyambut kepulangan kumpulan muzik tempatan A.C.A.B. di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas kejayaan mengadakan persembahan sulung mereka di Eropah.

Kumpulan A.C.A.B. mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengadakan persembahan pertama di Eropah pada 5 Disember di Leipzig dan 6 Disember di Lichtenfels, Jerman, yang berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu lalu.

Menurut A.C.A.B. Productions, kejayaan siri persembahan ini turut mendapat sokongan padu daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memperkasa industri kreatif tanah air di peringkat antarabangsa.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures atas sokongan berterusan terhadap pembangunan industri kreatif, khususnya melalui Dana Kandungan Kreatif – Industri Muzik serta Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa,” kata wakil A.C.A.B. Productions.

M-Niaga TV turut berkesempatan mewawancara vokalis utama A.C.A.B., Megat Hafiz, sejurus ketibaan beliau di KLIA. Dalam sesi temu bual tersebut, Megat Hafiz berkongsi pengalaman berharga beraksi di pentas Eropah, sambutan peminat antarabangsa serta perancangan seterusnya untuk A.C.A.B. selepas kejayaan ini.

Persembahan di Leipzig dilaporkan habis terjual (SOLD OUT), manakala siri jelajah Eropah dan United Kingdom akan diteruskan pada tahun hadapan, termasuk:
* Brighton – 5 Jun 2026
* London – 6 Jun 2026
* Liverpool – 13 Jun 2026

Dalam perkembangan berkaitan, A.C.A.B. turut melancarkan album kompilasi terbaharu “BEST OF A.C.A.B. VOL. 1”, yang kini boleh didengari di semua platform digital di seluruh dunia.
Selain itu, peminat juga digalakkan untuk melanggan saluran YouTube rasmi A.C.A.B. – acabmalaysia, bagi mengikuti perkembangan terkini, kandungan eksklusif serta rakaman persembahan mereka.

Rancangan ini dibawakan oleh CarClicks.my oleh EFZ Automotive Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewaan kereta premium dan pemandu peribadi untuk perjalanan eksklusif di seluruh negara. Antara kenderaan mewah terpilih yang ditawarkan termasuk BMW, Mercedes-Benz, Range Rover, dan banyak lagi.

Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa dengan sokongan strategik serta kolaborasi kukuh antara penggiat seni, sektor swasta dan kerajaan.

Zigger Zagger, Zigger Zagger… Oi! Oi! Oi! 🇲🇾💪🏻

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.