Assalammualaikum tuan/puan,
Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi Naurakasih bersama Neurokhalifah Group Sdn Bhd berbesar hati ingin melancarkan Program Ramadhan in My Heart 10.0 . Program ini adalah untuk meraikan kemeriahan bulan Ramadhan dan disambut bersama dengan insan-insan yang memerlukan.
Program wakaf telekung ini, mengumpulkan telekung yang telah diwakafkan oleh pewakaf dan akan diserahkan kepada golongan Asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan warga emas yang berada di sekitar Telok Panglima Garang, Jenjarom, Sijangkang dan yang berhampiran Kuala Langat.
Oleh Itu, kami sangat mengalu-alukan kesudian semua untuk bersama-sama berwakaf dan menjadikan wakaf telekung ini sebagai satu ladang pahala untuk kita, InsyaAllah.
Pilihlah slot wakaf anda:
* 1 Slot Penama: RM23
* 2 Slot Penama: RM46
* 3 Slot Penama: RM69
Bagaimana untuk berwakaf:
1. Scan QR Pay pada poster atau lakukan transaksi terus ke nombor akaun yang tertera untuk melakukan pembayaran
2. dan isikan butiran wakaf melalui QR Code yang disediakan atau klik link dibawah :
https://docs.google.com/…/1FAIpQLSexoA4Xr2f…/viewform...
Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi kami dengan klik link dibawah
www.wasap.my/60105298776/wakaftelekung
Jazakumullahu Khairan





















