Kursus Penciptaan Kandungan TikTok untuk Jualan Kereta: 10 SA Honda Sertai Latihan Eksklusif
SHAH ALAM, 20 November 2025 – Satu kursus intensif selama dua hari bertajuk “Kursus Penguasaan Penciptaan Kandungan – Tingkatkan Jualan dengan TikTok & AI” telah berjaya dianjurkan pada 17 dan 18 November 2025 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Program ini dianjurkan oleh Global Excel Hub Sdn Bhd dan dikendalikan oleh jurulatih profesional, Baharim Sukari daripada Schamps Creative Solutions Sdn Bhd.
Kursus ini disertai oleh 10 orang Sales Advisor (SA) Honda bersama pasukan Global Excel Hub, dengan fokus utama membantu peserta menguasai teknik pemasaran digital terkini melalui platform TikTok serta penggunaan Artificial Intelligence (AI) untuk penghasilan kandungan yang lebih kreatif, profesional dan berimpak tinggi.
Menurut Baharim Sukari, trend pembelian pelanggan masa kini semakin dipengaruhi oleh video pendek yang menarik dan meyakinkan. “Sales Advisor yang aktif di TikTok perlu menghasilkan content yang konsisten dan berkualiti supaya mampu menarik prospek baharu serta meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama dan perkhidmatan mereka,” katanya.
Kandungan kursus selama dua hari ini merangkumi:
• Strategi pemasaran automotif menggunakan TikTok
• Teknik rakaman video profesional menggunakan smartphone
• Penggunaan ChatGPT untuk penjanaan idea, skrip dan copywriting
• Penyuntingan video menggunakan CapCut termasuk fungsi AI Editing
• Integrasi Canva AI untuk visual, overlay dan elemen pemasaran
• Bengkel praktikal menghasilkan video TikTok lengkap beserta pembentangan
Sepanjang program, peserta turut didedahkan dengan teknik personal branding, analisis trend automotif di TikTok, serta cara memanfaatkan TikTok Analytics untuk menilai prestasi kandungan.
Hari kedua menekankan sesi hands-on, bermula dengan teknik rakaman, proses editing, sehinggalah peserta berjaya menghasilkan video TikTok mereka sendiri menggunakan gabungan AI Tools. Suasana pembelajaran berlangsung interaktif dan penuh energi, dengan setiap peserta diberikan bimbingan secara individu dan berkumpulan.
Penganjur Global Excel Hub menyifatkan kursus ini sebagai berjaya dan memberi impak langsung kepada keupayaan Sales Advisor menghasilkan kandungan digital yang lebih strategik, kreatif dan relevan dengan sasaran pelanggan industri automotif.
Dengan berakhirnya program ini, para peserta kini lebih bersedia menggunakan TikTok dan AI sebagai medium pemasaran utama untuk meningkatkan engagement, prospek pelanggan dan seterusnya merancakkan jualan.
Laporan disediakan oleh:
Baharim Sukari
M Niaga Online























