Home News Hawks Hotels Memperkenalkan Pakej Percutian Berbaloi ke Kamadhoo Islands, Maldives

Hawks Hotels Memperkenalkan Pakej Percutian Berbaloi ke Kamadhoo Islands, Maldives

359
0

KUALA LUMPUR, 7 November 2025 — Hawks Hotels Maldives kini mengumumkan promosi istimewa pakej percutian YES (Year End Sales 2025) berbaloi ke Kamadhoo Islands, Maldives, destinasi tropika yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan pengalaman laut yang menakjubkan. Inisiatif ini bertujuan memberi peluang kepada pelancong khususnya buat warganegara Malaysia untuk menikmati keunikan percutian mewah di Maldives pada harga yang lebih berpatutan, sejajar dengan usaha Hawks Hotels memperluas pasaran pelancongan antarabangsa dan menggalakkan pelancongan mampan.

Promosi ini menampilkan tiga pakej utama yang disesuaikan dengan keperluan dan minat pelancong pelbagai latar belakang — dari percutian santai, pengembaraan lautan hingga percutian romantik pasangan.

Bagi mereka yang mencari ketenangan dan perlukan rehat sepenuhnya, Pakej Santai 2toGo ditawarkan serendah RM3,999nett untuk dua orang, termasuk penginapan selesa, hidangan penuh (sarapan, makan tengah hari dan makan malam), serta aktiviti santai seperti lawatan ke sandbank dan snorkeling bersama penyu di perairan jernih Kamadhoo.

Peminat aktiviti laut pula boleh memilih Pakej Pengembaraan termasuk Seaplane transfer berharga RM5,399nett untuk dua orang, yang menawarkan pengalaman trip lumba-lumba, menyelam di Hanifaru Bay, serta aktiviti berkayak dan stand-up paddle. Pakej ini turut termasuk pengangkutan menaiki seaplane yang menjanjikan pemandangan udara menakjubkan sepanjang perjalanan ke pulau kamadhoo.

Sementara itu, Pakej Romantik Pulau Seaplane bernilai RM6,999 untuk dua orang disedia khas bagi pasangan yang mencari suasana percutian penuh romantik. Pakej ini menampilkan pengalaman simbolik perkahwinan di tepi pantai, makan malam romantik sambil menikmati panorama matahari terbenam, serta lawatan ke pulau kamadhoo yang mempesona.

Menurut Nasrullah Ghazali, Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam, Hawks Hotels Malaysia, promosi ini selaras dengan misi syarikat untuk menjadikan Maldives sebagai destinasi percutian yang bukan sahaja eksklusif, tetapi juga mampu dicapai oleh lebih ramai pelancong dari rantau ini. “Kami ingin menonjolkan bahawa keindahan dan kemewahan Maldives kini tidak lagi terhad kepada golongan elit tetapi terbuka kepada semua golongan juga. Dengan pakej berpatutan ini, setiap tetamu boleh menikmati pengalaman tropika yang menenangkan dan bermakna bersama Hawks Hotels Maldives,” katanya.

Kesemua pakej termasuk cukai, caj perkhidmatan dan penginapan bertaraf antarabangsa di Hawks Hotels Kamadhoo, yang terkenal dengan suasana mesra alam, hospitaliti tropika, serta komitmen terhadap pelancongan lestari di bawah Program Biosfera UNESCO di Baa Atoll.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari laman rasmi hubungi terus wakil tempahan Pejabat Regional Malaysia di +6011 – 1154 8772 atau email nasrullah@hawkshotels.com .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.