SGA: Kunci Jepun Mencapai ROI melalui Budaya Kerja
Oleh; Baharim Sukari
Selama lebih 15 tahun saya berkhidmat di sebuah syarikat Jepun di Bandar Baru Bangi dengan ibu pejabat di Osaka, saya berpeluang merasai sendiri bagaimana mereka mengurus pekerja dan menggerakkan organisasi. Pengalaman itu membuka mata saya — bahawa rahsia kejayaan syarikat Jepun bukanlah semata-mata pada teknologi, tetapi pada budaya Small Group Activity (SGA).
SGA ini bukan mesyuarat kosong. Ia adalah projek kecil yang dilakukan oleh pekerja biasa tetapi memberi impak luar biasa. Dari pengalaman saya, orang Jepun memahami psikologi manusia: kita suka bersaing, suka dipuji, suka dihargai, dan suka menerima reward. Jadi mereka wujudkan sistem SGA — kumpulan kecil pekerja yang diberi cabaran untuk menyelesaikan masalah, meningkatkan produktiviti atau menjimatkan kos.
Saya sendiri pernah mengetuai sebuah kumpulan SGA — dan projek kami berjaya menjimatkan ratusan ribu ringgit kos operasi. Bayangkan, hanya dengan idea dan usaha sebuah pasukan kecil. Hasilnya, kumpulan kami dinobatkan sebagai pemenang dan menerima hadiah RM1,000. Itu baru satu projek dari jabatan saya… belum dikira pencapaian jabatan lain yang juga menghasilkan penjimatan besar untuk syarikat.
Inilah kehebatan SGA — sedikit bajet untuk reward atau elaun, tetapi pulangannya (ROI) jauh lebih besar daripada yang dijangka. Dari segi kewangan, syarikat untung. Dari segi moral, pekerja rasa dihargai dan semakin komited.
Persoalannya, berapa ramai pemimpin organisasi di Malaysia yang benar-benar berani mencuba pendekatan Jepun ini? Dan adakah anda bersedia untuk melihat bagaimana SGA mampu mengubah budaya kerja syarikat anda — sambil menjana ROI yang ketara?
📩 Jika anda ingin tahu bagaimana untuk memulakan langkah pertama SGA dalam organisasi anda, hubungi saya.
📞 Baharim Sukari 017-300 7878 / WhatsApp (Klik di sini)
📧 baha@m-niaga.com.my / baharim730507@gmail.com
SGA: Japan’s Secret to Driving ROI Through Work Culture
For over 15 years, I served in a Japanese company based in Bandar Baru Bangi with its headquarters in Osaka, Japan. During that time, I experienced firsthand how they managed their people and drove organizational success. What opened my eyes was this — the real secret behind Japanese companies’ success is not just technology, but a work culture built on Small Group Activity (SGA).
SGA is not just another meeting. It’s a small project driven by ordinary employees that delivers extraordinary impact. From my experience, the Japanese deeply understand human psychology: we love competition, recognition, appreciation, and rewards. That’s why they created SGA — small teams of employees challenged to solve problems, improve productivity, and reduce costs.
I once led an SGA team myself — and our project successfully saved the company hundreds of thousands in operational costs. Imagine that, achieved through the ideas and efforts of a small team. The result? Our group was crowned the winner and received a RM1,000 reward. And that was just one project from my department… not even counting the achievements of other departments, which also brought significant savings to the company.
That’s the true power of SGA — a small budget for rewards or allowances, but returns (ROI) far greater than expected. Financially, the company wins. Psychologically, employees feel valued and become more committed.
The real question is: how many leaders in Malaysia are bold enough to adopt this Japanese approach? And are you ready to see how SGA can transform your organization’s work culture — while delivering measurable ROI?
📩 If you’d like to know how to take the first step in implementing SGA in your organization, get in touch with me.
📞 Baharim Sukari 017-300 7878 / WhatsApp (Klik di sini)
📧 baha@m-niaga.com.my / baharim730507@gmail.com





















