Home Business RT Progresif Perak Mantapkan Pemasaran Digital: 52 Peserta Kuasai Formula S.U.C.C.E.S.S

RT Progresif Perak Mantapkan Pemasaran Digital: 52 Peserta Kuasai Formula S.U.C.C.E.S.S

107
0

Pada 23 Ogos 2025, bertempat di Hotel Symphony Suites, Ipoh, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pemasaran Digital RT Progresif Negeri Perak, anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak.

Gambar kenangan Penceramah, urusetia dan para peserta di akhir kursus.

Kursus ini menghimpunkan seramai 52 orang peserta daripada Rukun Tetangga Progresif tahun 2024 dan 2025 dari seluruh Negeri Perak.

Program ini telah dikendalikan oleh Coach Baharim Sukari, Pengarah Urusan Schamps Creative Solution Sdn Bhd, yang berkongsi ilmu, strategi, dan pengalaman dalam dunia pemasaran digital moden.

Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan strategi pemasaran terkini, teknik menghasilkan kandungan kreatif, serta penggunaan platform digital bagi meningkatkan capaian dan jualan produk.

Baharim sedang memberi penjelasan tentang suntingan video menggunakan handphone.

Formula S.U.C.C.E.S.S
Peserta didedahkan dengan 7 langkah Digital Marketing Berkesan:
S – Strategy & Why Online Matters
U – Unique Marketing Map (7P)
C – Content Mastery
C – Creative AI Tools
E – Engage & Convert
S – Social Media Domination
S – Smart Video Editing

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam menghasilkan kandungan digital yang kreatif, berimpak tinggi, sekaligus meningkatkan pemasaran dan hasil jualan produk masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.