Home Inspirasi Niaga Bandar hantu? Forest City, Tanjung Piai, Pengkalan Penghulu Serkat | Sebuah pemandu...

Bandar hantu? Forest City, Tanjung Piai, Pengkalan Penghulu Serkat | Sebuah pemandu yang mengasyikkan

20
0

4 Jun 2024 Forest City – Perjalanan kami yang mengambil masa 5 jam dari Kuala Lumpur dan tiba seawal jam 5 pagi di Tanjung Piai. Singgah di sebuah masjid, selepas solat kami berhajat mencari ‘port’ sarapan pagi. Main redah sahaja, selepas solat subuh tu kami ke Jeti Feri Kukup namun tak jumpa kedai minum/ restoran, kemudian kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Tanjung Piai.

Pemandangan tenang di Jeti Pengkalan Penghulu

Dalam perjalanan ke Tanjung Piai tu kami singgah di Jeti Pengkalan Penghulu Mukim Serkat, Pontian. Ada kedai makan di situ tapi tutup la pula. Tapi kami dapat merakamkan keindahan di sini. Suasana pagi yang tenang, tiada kelihatan sebarang kegiatan di sini kecuali terlihat dua orang lelaki tiba dengan menaiki sebiji motorsikal. Setibanya di jeti mereka terus menaiki bot lalu terus ke arah laut.

Keindahan ‘sunrise’ di Jeti Tanjung Piai sungguh memukau.

Kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Piai untuk merakamkan keindahan pantai dan sunrise. Sememangnya tidak dinafikan, panorama keindahan alam dengan pemandangan lautan dan persekitaran sungguh memukau. Di sinilah penghujung tanah besar benua Asia (paling selatan).

Sempat beramah mesra dengan Abg Abu (pengunjung pasar pagi Tanjung Piai)
Suasana pagi menyaksikan deretan gerai di sepanjang jalan di Tanjung Piai.
Seorang wanita yang sangat gigih menjual nanas di pasar pagi di sini.

Oleh kerana restoran di Jeti Tanjung Piai di sini masih belum beroperasi, kami berpatah balik untuk menuju ke Forest City. Ehh! ada masa lagi la… lalu kami singgah di pasar pagi di sini, pasar yang dibuka setiap pagi Selasa ini sememangnya sangat meriah. Pelbagai barang dijual dari bahan mentah ke makanan, barangan kering seperti pakaian pun banyak dijual di sini. Setelah merakam dan membeli sedikit makanan pengalas perut, kami meneruskan perjalanan kami menuju Forest City.

Singgah sebentar di Masjid untuk mandi dan bertukar pakaian, kemudian singgah pula di sebuah warung tepi jalan untuk pekena roti canai dan kopi O. Kami tiba di Forest City (Hotel Marina) kurang lebih jam 9:40 pagi, Alhamdulillah sampai awal untuk perbincangan dengan pihak hotel. Selesai perbincangan tentang program Team Building yang akan dijalankan pada 27-28 Jun 2024 dan 1-2 Julai (2 sesi), sempat lagi kami merakamkan keindahan sekitar hotel di mana akan berlangsungnya program kami itu nanti.

Kolam renang di Hotel Marina Forest City
Pemandangan indah di Hotel Marina Forest City
Pemandangan indah menuju ke arah pantai Hotel Marina Forest City
Suasana tenang di tepi pantai hotel Marina Forest City

 

Alhamdulillah, segalanya berjalan mengikut perancangan dan segala-galanya lancar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.