Hanya bermula dua ekor lembu, kini Ladang SRZ Ternak menjadi tumpuan ramai. Bertempat di Jeram Mengaji Pasir Puteh, anda boleh menikmati satu lokasi agro pelancongan yang sungguh mempersonakan.
Bukan setakat memberi fokus kepada penternakan semata-mata, SRZ Ternak menjadikan tempatnya sebagai satu destinasi agro pelancongan terutama kepada masyarakat setempat.
Panorama yang indah di kelilingi bukit-bukau yang memukau menjadi satu tarikan pengunjung. Persekitaran yang menghijau dan berkabus pada waktu pagi menjadikan pengunjung memberi nama jolokan “Kundasang Klate (Kelantan).