Lemang Berang Amazon paling sedap bila di makan ketika perut lapar dengan rendang istimewa resipi air tangan isteri keluaran kami. Adunan pembuatan cara tradisional mengabungkan resepi rahsia pengusaha-pengusaha tersohor lemang negara.
Dengan gabungan idea dan resipi istimewa turun temurun ini berjaya di satukan di bawah satu jenama iaitu Lemang Berang Amazon.
Setiap orang yang telah mencuba Lemang Berang Amazon pasti akan ketagih untuk kembali ke tempat kami untuk mendapatkan lemang yang cukup unik ini.Dan yang paling menarik Lemang Berang Amazon juga membawa teknologi moden yang di kekalkan cara pembakarannya mengikut tradisi lama.
Menjadi satu kelainanlah kepada sesiapa yang mendapatkan lemang berang amazon ini kerana memiliki sifat tahan lebih lama boleh di simpan lebih dari 3 hari dan lambat basi. Masak sekata dan kepala santannya begitu lemak dan enak sekali. Rasanya yang best sangat-sangat dan ingin di cuba berkali-kali.
Pengalaman lebih 20 tahun dalam industri ini,menambah keyakinan kami untuk bersaing dan menawarkan kualiti dan rasa yang terbaik.
Kami sedia menerima tempahan untuk belian harian dan semua event juga sambutan perayaan.
Hubungi kami di wasap 019002444 atau kunjungi kami di alamat Kampung Tanjung Putat Kuala Berang Terengganu.