PELANCARAN DAN ADVOKASI OP SELAMAT 20 SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2023
Kota Tinggi, 20 April 2023 – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan satu program advokasi bertempat di Petronas Tun Sri Lanang, Kota Tinggi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2023.
Program advokasi ini mensasarkan pengguna jalan raya yang hendak pulang ke kampung dan yang membeli belah bagi merayakan hari yang mulia ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi mengambil peluang untuk beramah mesra dengan masyarakat di samping memberikan nasihat serta peringatan terutama melibatkan langkah keselamatan di jalan raya serta pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.
YDH DSP Nik Azaham bin Nik Aziz turut mengedarkan goodies serta edaran risalah pencegahan jenayah kepada pengguna jalan raya sebagai tanda simbolik pelancaran Op Selamat 20/2023 Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2023.
Turut hadir Pengurus Petronas Tun Sri Lanang iaitu MD Noh bin Adam, Ketua – ketua Bahagian, Ketua – ketua Polis Balai, Pegawai-pegawai Kanan dan Pengawai Rendah Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.