Tidak lah begitu besar, kedai makan LOKAL di Parit Sulong, Batu Pahat ini mempunyai satu konsep yang sangat menarik. Dengan hiasan, kekemasan dan kebersihan yang ditampilkan dapat menarik pengunjung untuk singgah ke kedai makan ini.
Menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti western dan tempatan, LOKAL menampilkan sajian yang nampak menarik dan menyelerakan apatah lagi apabila menikmatinya.
Kepada yang berminat untuk berkunjung ke sini, LOKAL terletak di alamat No 1 Jalan Simpang Lima, Parit Sulong, Kampung Penghulu, Batu Pahat, Johor.
FB: https://www.facebook.com/lokalfnb/photos
Oleh: Baharim Sukari