Berkunjung Ke Pasar Siti Hajar Pasir Puteh, Kelantan ‘Satu Bumbung Seribu Macam Barangan’
Pasar Siti Hajar ini terletak di Bandar Baru Pasir Puteh Sentra, iaitu terletak kira-kira satu kilometer dari pasar lama. Pasar ini menjadi tumpuan ramai terutamanya penduduk setempat dan pelancong untuk mendapatkan bekalan bahan makanan dan pelbagai lagi barang keperluan.
Kemudahan awam seperti tempat pakir percuma, tandas awam, juga kemudahan awam seperti teksi dan bas serta lokasinya yang strategik menjadikan ianya menjadi tumpuan ramai.
Walaupun anda berada di bawah satu bumbung, nampun anda boleh mendapatkan pelbagai keperluan anda di situ.
Oleh Baharim Sukari | baha@m-niaga.com.my