Home Home Furniture & Cabinet BINA KERJAYA DI HUSMAT FURNITURE, SUMBANGAN WARGAKERJA DIHARGAI

BINA KERJAYA DI HUSMAT FURNITURE, SUMBANGAN WARGAKERJA DIHARGAI

152
0

KANGAR : Husmat Furniture yang terus berkembang pesat dengan kewujudan empat cawangan di negeri ini dan Kedah bukan sekadar tempat persinggahan sebaliknya platform bagi kakitangan membina kerjaya di perusahaan perabot terkenal itu.

Justeru, seluruh 45 kakitangan di seluruh cawangannya di Kangar, Kuala Perlis, Pokok Sena dan Jitra, Kedah dituntut memberi sepenuh komitmen dan tanggungjawab dalam sama-sama membangunkan Husmat Furniture.

Pengarah Urusannya, Husnorleyda Hussin, 39, berkata, jadikan Husmat Furniture sebagai tempat membina kerjaya dan masa depan bukan sekadar ingin bekerja secara sambilan semata-mata.

Katanya, dengan kekuatan dan kerjasama seluruh kakitangan daripada semua peringkat bakal menjadikan Husmat Furniture bukan sekadar kedai perabot biasa, sebaliknya membawa perusahaan perabot itu terus berkembang pesat di dalam dan luar negara.

“Sejak beroperasi pada 2009, kita semakin berkembang pesat dengan sudah mempunyai empat cawangan. Fokus kita di Husmat Furniture adalah mewujudkan sebuah pasukan yang kuat di sini. Bagi merealisasikan hasrat itu, menuntut komitmen seluruh kakitangan.

“Kejayaan kita adalah dengan kerjasama, komitmen dan tanggungjawab semua. Jadikan Husmat Furniture sebagai platform kita membina kerjaya dan percayalah masa depan kita cerah di sini jika kakitangan terus berusaha. Seluruh kakitangan juga mempunyai potensi dan serlahkanlah bakat tersebut dalam sama-sama membangunkan perusahaan perabot ini.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada suami, Salimin Salleh, bapa, Hussin Mat, ibu, Nashitoh Pin serta seluruh keluarga yang menjadi tulang belakang menyokong setiap usaha, percaya impian saya sehingga mampu memberi manfaat kepada ramai orang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Pekerja Husmat Furniture 2021 di cawangan Kangar di sini hari ini.

Pada majlis tahunan meraikan pekerja tersebut, pihak syarikat turut memberikan kejutan istimewa dengan menghadiahkan kereta jenis Honda City kepada empat kakitangan.

Mereka yang menerima kereta tersebut adalah Pengurus Sumber Manusia Husmat Furniture Kuala Perlis, Ainal Mardya Jamil; Pengurus Operasi di cawangan sama, Siti Salbiah Mahamad; Pengurus Pemasaran di cawangan Kangar, Nor Zahirah Zulkornain dan Pengurus Jualan cawangan Kangar, Seri Mas Idayu Su.

Selain itu, empat kakitangan lain turut menerima hadiah berupa Sijil Simpanan ASB bernilai RM15,000 setiap seorang selain pelbagai lagi hadiah lain bagi menghargai sumbangan para pekerja.

Hadiah kereta tersebut adalah sebagai menghargai pencapaian dan komitmen cemerlang kakitangan berkenaan seterusnya bakal memberi inspirasi serta semangat kepada pekerja lain untuk terus berusaha.

Dalam pada itu, sempena meraikan ulang tahun yang ke-13, Husmat Furniture menawarkan kempen beli perabot menang emas yang bermula 1 Mac sehingga 31 Mei sebagai menghargai para pelanggan yang terus setia.-UTUSAN

Sumber : *Bina kerjaya di Husmat Furniture – Utusan Digital*https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/bina-kerjaya-di-husmat-furniture/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.