Oleh: Norliha Bakar
Rambut adalah mahkota setiap insan. Ia melambangkan keperibadian dan keyakinan dalam keterampilan diri seseorang. Sugardoll, produk penjagaan rambut yang telah bertapak di pasaran semenjak empat tahun yang lalu menjadi ilham bagi Nabila Nazib dalam usaha membantu golongan yang mempunyai masalah rambut. “Basic Set” adalah bayi pertama kelahiran Sugardoll dengan rumusan vitamin dan tonik telah diperkenalkan dan kini dikembangkan melalui penghasilan tujuh lagi produk dibawah penjagaan rambut dan dua daripadanya adalah produk penjagaan badan. Melihat kepada permintaan tinggi terhadap Sugardoll, beliau telah membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat menjadi agen di bawah syarikatnya dan sehingga kini telah mencecah seramai 280 orang kesemuanya.
Tidak mengenal erti perit jerih dan kepayahan, Nabila Nazib yang lahir bukan dari golongan berada, membuatkan beliau membulatkan tekad untuk memulakan perniagaan berjenama Sugardoll dan mengutip pengalaman dari kesusahan lalu sebagai penyuntik semangat untuk menjadi seorang “survivor” dalam apa jua keadaan. Namakan apa sahaja pekerjaan yang tidak pernah dilakukan demi rezeki, semua telah dilakukan oleh beliau. Namun itulah hakikat sebuah pengalaman untuk bergelar usahawan yang berjaya. Justeru itu, beliau memastikan Sugardoll dapat memenuhi permintaan dan kehendak pengguna dengan memberikan produk dan mutu perkhidmatan yang terbaik. Tidak gentar dengan persaingan, beliau melihat ianya dari sudut positif kerana percaya dan yakin Sugardoll mempunyai keunikan tersendiri yang tidak boleh diciplak oleh pesaing selain ianya disulami kasih sayang dan sepenuh hati serta mempunyai prinsip “No one can copy your soul and passion”.
Kekangan dan kesibukan dalam perniagaan tidak sedikit menjejaskan tanggungjawab beliau sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini. Bahkan, beliau percaya rezeki yang diperolehi adalah berkat sokongan suami yang menjadi pendorong dan sokongan yang bergerak seiring dengan kejayaan Sugardoll. Memulakan rutin harian seawal empat pagi, pengurusan masa adalah elemen terpenting dalam sesebuah perniagaan. Kejayaan yang dikecapi tentu ada onak dan duri sebelum mampu menempa nama sehingga ke peringkat ini. “Mind set” yang betul juga adalah perlu untuk bangkit dari sebuah kegagalan.
Didalam mengharungi kesukaran dalam arus ekonomi yang tidak menentu susulan penularan wabak pandemik Covid19 yang melanda seluruh dunia kini, Nabila Nazib melihat situasi tersebut sebagai satu peluang kepada perniagaannya apabila beliau mampu meraih sebanyak 325% keuntungan bagi produk Sugardoll. Melalui pengurusan kewangan yang bijak dan perancangan strategik yang cekap, syarikat miliknya mampu meraih “cash turning” dan “cash reserve” bagi mengekalkan pengoperasiannya. Walaupun banyak syarikat yang terpaksa menutup operasinya namun melalui strategi dan perancangan yang tepat, Sugardoll mampu membuka lebih banyak peluang kepada golongan terjejas dengan merekrut lebih ramai agent dan menjana pendapatan dengan lebih rancak. Impiannya hanya satu. Melihat Sugardoll dikenali di dalam dan di luar negara dan menjadi sebuah syarikat gergasi pada masa yang akan datang dan menjadi kebanggaan buat negara. Keuntungan yang diperolehi Sugardoll menurutnya adalah rezeki yang diberikan Yang Maha Esa untuk turut dikongsi kepada mereka yang memerlukan.
Kelahiran lebih ramai usahawan-usahawan muda pada masa kini menjadi aspirasi buat Nabila Nazib dan beliau menyeru golongan muda untuk memperhebat langkah dengan menjadi seorang pejuang untuk melakar kisah kejayaan masing-masing. “ Rambut lebat, poket pun tebal ” memetik kata akhir dari Nabila Nazib, Pengasas Sugardoll.