Oleh: Baharim Sukari
Pertanian merupakan antara kegiatan asas ekonomi di Malaysia. Bukan sahaja di luar bandar malahan ianya juga giat diusahakan di bandar.
Sektor pertanian menyumbang 7.3 peratus (RM99.5 bilion) kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2018. Kelapa sawit merupakan penyumbang utama kepada KDNK sektor pertanian iaitu 37.9 peratus diikuti pertanian lain (25.1%), ternakan(14.9%), perikanan (12.5%), perhutanan & pembalakan (6.9%) dan getah (2.8%) – sumber https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?….
Ini membuktikan pertanian mempunyai potensi yang amat besar dan penting dalam pembangunan ekonomi negara yang mampan. Liputan kali ini kami bawakan kepada anda seorang usahawan tani Mohd Shah Jalil yang mengusahakan perusahan tanah camputan organik.