Home Farming & Agriculture Penternakan Udang Kara atau Lobster Air Tawar Menjadi Kegilaan

Penternakan Udang Kara atau Lobster Air Tawar Menjadi Kegilaan

1388
0
Johari menunjukkan udang kara berukuran 7 inci, saiz terbaik untuk penuaian.

Oleh Shirmy

Udang kara atau lobster air tawar (LAT) berwarna biru menjadi buruan peminat.
Udang kara oren mempunyai nilai harga yang tinggi menjadi idaman pengumpul (collector) sebagai hiasan akaurium.
Udang kara berwarna keungguan juga menjadi koleksi dan kegilaan peminat.

Udang kara atau lebih popular dipanggil Lobster Air Tawar (LAT) kini menjadi salah satu pilihan anak muda kerana mudah diusahakan dan mampu menjana pendapatan berbaloi.

Hidupan yang berasal dari Utara Australia, kini telah banyak diusahakan di serata dunia seperti China, Vietnam, Thailand, Indonesia dan tidak ketinggalan di Malaysia. Sifatnya yang tahan lasak, mudah diurus dan penternakkanya tidak memerlukan kos yang tinggi menjadikan ianya pilihan terbaik untuk diusahakan secara kecil-kecilan, hobi mahupun ย komersial.

Anak benih udang kara berukuran 1 ke 2 inci.

Permintaan yang tinggi tetapi pembekalan masih rendah menjadikan ianya mempunyai nilai yang tinggi dan berpotensi. Harga sekilogram bermula dari RM50 ke RM120 mengikut gred atau saiz. Harga bagi anak benih udang kara juga mengikut saiz, serendah RM1.50 ke RM12.00 seekor dan di sesetengah tempat harga mencecah RM18 ke RM25 (size 3-5 inci).

Baharim (pengusaha udang kara) berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam kursus-kursus yang di jalankan di Beranang Selangor.

Peserta kursus diberi pendedahan secara teori teknikal dan praktikal bagi memastikan keberkesanan pembelajaran.

Johari menunjukkan udang kara berukuran 7 inci, saiz terbaik untuk penuaian.

Bagi pengusaha ternakan udang kara di Beranang, Johari Jaafar kini telah 2 tahun menceburi bidang penternakan udang kara secara sepenuh masa, โ€œmemulakan penternakan dengan hanya menggunakan bahan terbuang dan murah kini saya telah mempunyai 20 kolam kanvas dan mampu menjadi pembekal benih-benih udang kara. Selain itu saya juga menjalankan kursus penternakan udang kara bagi mewujudkan pengusaha-pengusaha baharu.โ€ Ujar Johari.

Video berikut menunjukkan proses penjagaan dan mengenali usia telur-telur udang kara.

Kepada mereka yang berminat untuk mendalami pengetahuan dan teknik penternakan udang kara boleh terus menghubungi Johari di talian 012-773 2128 atau mendaftar kursus secara online. KLIK LINK INI >>> https://m-niaga.com.my/2018/11/01/kursus-penternakan-lobster-air-tawar-lat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.