COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan Bendung Penularan Virus
بسم الله الرحمن الرحيم
- Bismillahir Rahmanir Rahiim – Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
بسم الله الشافي
- Bismillahish Shaafii – Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
بسم الله الكافي
- Bismillahil Kaafii – Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
بسم الله المعافي
- Bismillahil Mu’aafii – Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
- Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim – Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
6. Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya
Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.
#stay_At_Home… #Duduk_Di_Rumah… Mengapa Perintah Kawalan Pergerak ini dilaksanakan? Ini adalah bertujuan untuk memutuskan jangkitan virus Covid 19 yang sangat senang dan cepat menjangkiti manusia.
Dunia dikejutkan dan terancam apabila virus baru yang dinamakan Covid 19 tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Kes bermula di wilayah Wuhan dan menular ke wilayah-wilayah lain di China seterusnya ke seluruh dunia.
Negara kita Malaysia tidak terlepas dari ancaman wabak Covid 19 ini, dan sehingga semalam (21 Mac 2020) jumlah rakyat Malaysia positif Covid 19 seramai 1,183 dengan 8 kematian dan 114 sembuh.
Orang ramai diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya terhadap usaha kerajaan dalam menangani wabak ini. Kurangkan pergerakan…duduk di rumah… hanya seorang sahaja keluar jika ada keperluan penting. Sama-sama kita berusaha, berdoa mohon rahmat Allah agar melindungi kita semua dari Covid 19 dan penyakit-penyakit berbahaya dan berjangkit yang lain.