Home Business Tip Mengurus Pekerja Baharu Yang Tiada Pengalaman Kerja

Tip Mengurus Pekerja Baharu Yang Tiada Pengalaman Kerja

941
0

Oleh: Baharim Sukari

Tip Mengurus Pekerja Baharu Yang Tiada Pengalaman Kerja

Keuntungan adalah matlamat utama tertubuhnya sesebuah intiti perniagaan, oleh kerana itu pengurusan perniagaan adalah merupakan sesuatu yang perlu dititik beratkan oleh usahawan bagi mencapai matlamat tersebut.

Terdapat lima sumber utama yang perlu diurus dengan betul, cekap dan efektif iaitu;

  • Sumber Kewangan
  • Sumber Manusia
  • Sumber Pendidikan
  • Sumber Fizikal
  • Sumber Emosi

Kali ini saya ingin kongsikan berkaitan Sumber Manusia, berkaitan tentang bagaimana untuk menguruskan pekerja baharu yang ‘fresh’ atau tiada pengalaman kerja.

Sudah menjadi keingan setiap majikan untuk memiliki pekerja yang berpengalaman, mahir, cekap dan sebagainya. Akan tetapi, untuk mendapat pekerja seperti ini, sudah pasti majikan tersebut perlu bersedia untuk membayar gaji yang tinggi berpadanan dengan kelebihan yang dimiliki oleh pekerja tersebut. Ini kerana seseorang pekerja yang berpengalaman dan mahir lebih cekap dan produktif dibandingkan dengan pekerja ‘fresh’.

Bagi Usahawan/ majikan yang mempunyai syarikat kecil atau baharu ditubuhkan, kemampuan untuk memiliki pekerja yang berpengalaman dan mahir adalah rendah kerana mereka tidak berkemampuan untuk membayar gaji pekerja yang agak tinggi. Sebagai alternatif, mereka terpaksa mengambil pekerja yang ‘fresh’ dan tiada pengalaman. Oleh itu beberapa langkah perlu dilakukan dalam memastikan operasi perniagaan berjalan lancar walaupun dioperasikan oleh pekerja baharu.

Berikut adalah tip menguruskan pekerja baharu;

  • Latihan – Majikan perlu memberi latihan secukupnya kepada pekerja baharu mereka, dengan adanya ilmu atau pengetahuan sudah pasti mereka dapat melakukan tugas dengan baik walaupun mungkin kurang produktif.
  • Bimbingan – Pemantauan dan tunjuk ajar perlu dilakukan dengan lebih kerap, ini bagi mengurangkan risiko berlakunya kesilapan dalam proses kerja.
  • Komunikasi – Segala arahan kerja atau tunjuk ajar seeloknya hendak disampaikan dengan cara ‘lisan’ dan diiringi dengan ‘bukan lisan’.
  • SOP (Standard Operation Procedure) & Carta Aliran Proses Kerja – Pengawalan kualiti adalah merupakan elemen penting bagi tujuan penjagaan kualiti dan piawan produk. Contoh, anda makan KFC di Kelantan dan apabila anda makan KFC di Johor pula, anda akan dapat rasa yang sama walaupun negeri yang berbeza dan tukang masak yang berbeza namun rasanya tetap sama. Begitu juga jika KFC tersebut disediakan oleh pekerja baharu, namun rasanya juga tetap sama. Dengan adanya SOP dan Carta Aliran Proses anda dapat mengekalkan rasa walaupun pemprosesannya dilakukan oleh orang yang berbeza.
  • Audit atau pemeriksaan kerja – Penyeliaan dan pemeriksaan perlu dilakukan secara berkala dan kerap bagi memastikan kerja yang dihasilkan oleh pekerja baharu mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini dapat memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dapat memberi kepuasan pengguna.

Kesimpulannya, tiada masalah anda mengambil pekerja ‘fresh’ walaupun tiada pengalaman, sekurang-kurangnya anda memberi peluang kepada mereka untuk bekerja dan menimba pengalaman. Kadang kala pekerja ‘fresh’ lebih baik jika mempunyai SIKAP yang baik dibandingkan pekerja yang lama dan berpengalaman tetapi mempunyai sikap sebaliknya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.