Home Business Gig Economy Memberi Kesan Positif Atau Sebaliknya Kepada Usahawan Berkedai

Gig Economy Memberi Kesan Positif Atau Sebaliknya Kepada Usahawan Berkedai

537
0

Oleh: Baharim Sukari

Gig Economy Memberi Kesan Positif Atau Sebaliknya Kepada Usahawan Berkedai

Gig Economy merupakan satu terminology terkini di mana pada awalnya banyak dipraktikkan di Barat. Mereka yang terlibat kini lebih selesa dengan kegiatan Gig Economy walaupun pada asalnya kegiatan atau kerja yang dilakukan hanyalah bersifat sementara.

Antara faktor mereka melibatkan diri dengan Gig Economy adalah;

  • Sukar mendapat pekerjaan
  • Kebebasan memilih waktu kerja mengikut kesesuaian
  • Bebas dari arahan dan pemantauan bos, ‘aku bos’
  • Buat kerja di rumah, jimat kos perjalanan dan masa
  • Wang mengalir masuk tanpa tunggu cukup bulan
  • Boleh buat kerja dalam masa yang sama dapat mengurus rumahtangga, menjaga anak dan sebagainya.
  • Buat apa yang disukai, dari hobi jadi bisnes
  • Kemudahan teknologi seperti gadget dan internet.
  • Perkhidmatan sokongan penghantaran barang seperti Panda Food, Grab Food dan sebagainya

Antara kegiatan Gig Economy yang paling popular adalah bisnes online seperti menjual pakaian, kek, produk kosmetik & kecantikan, produk kesihatan dan ada dikalangan mereka bekerja secara freelance atau kerja separuh masa seperti model, jurufoto, pelukis pelan dan sebagainya. Kegiatan ini sudah pasti menjadi satu ancaman kepada usahawan atau perniaga yang menjalankan perniagaan dengan memiliki kedai samada secara menyewa ataupun kedai sendiri.

Mereka yang berniaga secara membuka kedai terpaksa menanggung kos overhead dan expenses yang tinggi dibandingkan dengan mereka yang terlibat dengan Gig Economy. Kos-kos ini sudah pasti akan mempengaruhi harga jualan barang. Berbeza pula dengan kegiatan Gig Economy, buat kerja di rumah tak perlu sewa kedai, tak perlu bayar pekerja, kadar bil internet dan utiliti yang lain juga lebih murah, jadi mereka boleh menjual dengan harga yang jauh lebih murah.

Oleh itu usahawan atau perniaga yang mempunyai kedai perlu mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan kegiatan Gig Economy tidak menjejaskan perniagaan mereka. Bagi syarikat SC Creative Solutions Sdn Bhd, satu pendekatan khas perlu dilaksanakan oleh mereka dalam memastikan Gig Economy tidak menjadi ancaman terhadap perniagaan mereka.  Program The BOSS2020 yang dijalankan akan memberi solusi dan kaedah dalam pengurusan bisnes dan pemasaran mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.