Home Agriculture Cara dan Teknik Penanaman Bunga Matahari

Cara dan Teknik Penanaman Bunga Matahari

6879
0
TANAH CAMPURAN ORGANIKBAJA BIO ORGANIC COMPOST
Cara dan Teknik Penanaman Bunga Matahari

1) Pilih tempat yang sesuai: Pilih sudut yang sesuai di taman/laman anda, sudut tersebut haruslah mendapat sekurang-kurangnya enam jam cahaya metahari setiap hari.

Sekiranya di tempat tersebut terdedah kepada angina yg kuat, anda boleh menanam bunga matahari anda bersebelahan struktur seperti pagar atau dinding, ini sebagai penyokong pokok-pokok tersebut.

2) Penyediaan tanah: Bunga matahari amat sesuai ditanam terus di tanah tanpa menggunakan pasu, anda tidak perlu menggunakan baja kimia kerana baja kimia boleh menyebabkan tanah menjadi keras, yang terbaik gembur dan gaulkan tanah tersebut dengan baja bio organic kompos seperti jenama Suboor, Ini akan memberikan tumbuhan anda dengan nutrien tambahan dan secara amnya membawa kepada tumbuhan yang lebih sihat dengan bunga yang lebih besar.

3) Pilih biji benih atau anak benih: Anda boleh memilih dan membeli biji benih atau anak pokok di nursery. Biji benih boleh disemai dahulu di tempat yang kurang terdedah dengan matahari yang kuat. Akan tetapi anak-anak bunga ini mungkin terbantut atau mati apabila dipindahkan, jadi proses pemindahan adalah memerlukan ketelitian supaya akarnya tidak terjejas.

4) Tanamkan biji bunga matahari atau benih bunga matahari: Jika anda bermula dari anak benih, letakkan setiap tumbuhan kira-kira satu kaki di batas anda. Sekiranya anda bermula dari biji, siram tanah supaya lembab, tolak biji anda kira-kira satu inci ke dalam tanah (hujung biji benih ke bawah) dan tutup menggunakan plastik gelap atau kertas surat khabar, buka selepas 3 ke 4 hari apabila benih telah bercambah.

5) Melindungi biji dan tumbuhan anda: Benih dan tumbuhan anda berada dalam bahaya sebaik sahaja anda meletakkannya di tanah. Siput, tikus, tupai dan burung semua suka biji bunga matahari, jadi anda perlu menutupnya selepas anda semai benih itu.

6) Siramkan bunga matahari anda dengan kerap: Bunga bunga matahari mempunyai sistem akar yang cukup besar yang menjadikan mereka agak toleran kemarau, pada peringkat awal siraman perlu lebih kerap, 2 kali sehari, setelah pokok-pokok membesar cukup dengan menyiramnya sehari sekali untuk memastikan tanah sentiasa lembab.

7) Bunga bunga matahari yang tinggi: Jika anda menanam bunga bunga matahari dari jenis yang tinggi, anda perlu menyokong/menongkat dengan menggunakan kayu untuk meengelakkan pokok anda bongkok, patah atau tumbang.

Baja SUBOOR… BIO ORGANIC COMPOST

KLIK DI SINI

017-300 7878

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.