Home Food & Beverages Char Kway Teow di Kokdiang – KENA PASTI MERINDU

Char Kway Teow di Kokdiang – KENA PASTI MERINDU

560
0
Pemilik Udaa’s Char Kway teow, Aiman Syamil @ Uda Bersama pekerjanya

SEKALI KENA PASTI MERINDU

Oleh : Mohammad Izzat Kamarudin

Berniaga char kuey teow itu biasa boleh dilihat di mana-mana, namun yang luar biasa char kuey teow disajikan ‘berbisa’ sehingga melekat di minda. “Sekali kena pasti merindu” adalah tagline bagi ushawan muda, Aiman Syamil Azmi atau lebih mesra dipanggil dengan nama Uda. Air tangan dapur bujang ni dapat dibuktikan Udaa’s Char Kway Teow di Kokdiang, Kedah ini, apabila pelanggan yang sudah ‘pekena’ sekali pasti merindui untuk mengunjungi lagi, dan apa yang terjadi bukan pelanggan setempat saja bahkan dari Arau dan Alor Setar juga.

Udaa’s Char Kway Teow di bawah pengurusan AH Enterprise asalnya beroperasi dengan berkongsi tapak di kedai keluarga beliau di Jitra dengan seorang pekerja. Selang lima bulan perniagaannya berkembang sudah mampu menyewa tapak lebih luas di foodourt Kokdiang dengan menambah tiga orang pekerja..

Pemilik Udaa’s Char Kway Teow , Aiman Syamil Azmi, 23, berkata berniaga makanan yang dititikberatkan adalah kepuasan pelanggan bukan memikirkan keuntungan semata-mata. Baginya, kepuasan pelanggan ibarat amanah yang memberi keberkatan dalam berniaga.

Menurut Aiman, dia mula mempelajari memasak char kuey teow itu sejak zaman remaja apabila melihat kawan baiknya memasak char kuey teow di pasar malam. Katanya, bermula dengan membantu sehingga diberi peluang memasak makanan itu, dia kini cekap dan mahir menyediakan char kuey teow itu selari dengan selera pelanggan.

“Char kuey teow ini perlu digoreng diatas api yang betul-betul panas dengan campuran kicap, sos, cili, udang, kerang, telur, taugeh dan kucai. Lepas tu kalau nak lebih sedap kena dimasak dalam kuantiti kecil. Kalau dimasak secara banyak nanti rasanya jadi lain,” katanya.

Beliau sebelum ini mengambil Diploma Perkhidmatan Makanan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin merupakan wakil asia dalam World Skills Competition Abu Dhabi 2017 setelah menjuarai ASEAN Skills Competition Kuala Lumpur 2016 berkata “Kami mula fokus dan tidak lagi mahu menoleh ke belakang kerana matlamat kami kini jelas iaitu ingin berjaya dalam perniagaan dan bagi mengekalkan momentum dan semangat, kami sentiasa belajar daripada individu berpengalaman dan bersikap jujur dengan pelanggan,”

“Selain dari itu, kami juga mengenakan harga yang sangat berpatutan dengan kuantiti serta kualiti yang dihidangkan pada pelanggan. Untuk sepinggan char kuey teow,kami hanya menetapkan harga sebanyak RM 5 sahaja manakala special pula berharga RM 7” katanya.

Beliau juga menambah “Saya mendapat dorongan untuk memulakan perniagaan ini terutama sekali semestinya dari keluarga tercinta kerana saya berasal dari keluarga yang menjalankan perniagaan makanan dan sudah tentu dengan pengalaman yang saya ada sepanjang belajar akan saya guna untuk jadikan kerjaya dan cita-cita untuk menjadi usahawan muda berjaya tercapai”

Resepi Istimewa

Hidangan istimewa sajian Udaa’s Char Kway Teow

Keenakan char kuey teow sajian Udaa’s Char Kway Teow bagi pemiliknya, Aiman Syamil adalah pada kicap, sayur, udang dan kerang yang segar. Menerutnya “Kami sentiasa menjaga bahan mentah yang digunakan untuk memasak kerana bagi kami itulah adalah makanan dan makanan itu adalah rezeki kami kepada pelanggan, jadi kami harus dapatkan yang terbaik untuk mendapatkan kerberkatan yang terbaik kepada pelanggan.”

“Untuk kiap pula adalah seratus peratus resepi ciptaan saya dan saya amat berpuas hati kerana ia mendapat pujian dari pelanggan yang rata-rata memuji ia mempunyai kelainan dari char kuey teow yang lain”

Menurutnya, beliau mampu berbangga dengan hasil kerjanya kerana setiap hari dia memasak kira-kira 170 pinggan untuk dihidangkan kepada pelanggan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.