Home Education & Training MENCERAP IMEJ DAN IDENTITI REMAJA

MENCERAP IMEJ DAN IDENTITI REMAJA

166
0
Credit picture: blastarc.upm.edu.my/blastdk/17182/
Ts. Dr. Syed Agil Shekh Alsagoff Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM
MENCERAP IMEJ DAN IDENTITI REMAJA

Oleh: Ts. Dr. Syed Agil Shekh Alsagoff

Remaja adalah aset negara. Dalam kebanyakan isu perihal negara, akan mengaitkan peranan remaja dalam pembangunan negara. Tidak ketrtlaluan jika dikatakan bahawa golongan remaja hari ini telah menjadi sinonim golongan sasaran pelbagai pihak yang berusaha menterjemahkan generasi muda ini menjadi generasi pewaris negara dan akan menyaksikan golongan ini menerajui negara sedikit masa lagi. Bagi golongan remaja, tekanan dan cabaran yang dihadapi mereka, tanggungan yang diletakkan di bahu mereka, menjadikan mereka sering kali menjamah kesilapan dalam meneruskan kehidupan. Tanpa dorongan dan bimbingan yang sempurna, remaja juga dijadikan sandaran golongan tertentu untuk meraih keuntungan, populariti dan agenda berkepentingan.

Contohmya, apabila berlakunya krisis sosial, golongan remajalah yang menjadi mangsa telunjuk punca masalah itu berlaku. Kes-kes pembulian di sekolah, ponteng sekolah, masalah seks bebas, ketagihan rokok dan arak di negara ini banyak disasarkan kepada golongan remaja dan ternyata bahawa golongan bermasalah ini telah tersasar daripada pemeliharaan rapi masyarakat kita.

Kecanggiham Dunia Teknologi

Selepas PRU ke 13, kita telah menyaksikan bahawa golongan remaja telah dilabelkan sebagai golongan yang perlu diberi perhatian khusus memandangkan mereka terdedah dengan  percambahan kuasa teknologi maklumat siber yang banyak mendorong mereka mempercayai maklumat-maklumat yang mendatangkan implikasi besar kepada golongan ini. Masalah ketagihan Internet, perjudian haram, penipuan berurusniaga dalam taliandan penyebaran kandungan jelik dalam siber telah mengundang remaja menanggung kesan buruk kepada diri dan imej mereka.

Pencarian Imej Diri

Boleh dikatakan pada lingkungan usia remaja, mereka tidak memiliki identiti diri yang konsisten sehinggalah mereka mencapai usia kedewasaan kelak. Dengan berpandukan dengan persekitaran yang terhidang di hadapan mata mereka, golongan ini akan mencuba apa sahaja yang disangkakan dapat memberikan faedah kepada mereka tanpa mengira sama ada perbuatan mereka akan menjadi ‘buah mulut’ orang lain atau sebaliknya.Jika ditinjau dari segi psikologi, remaja adalah golongan yang sangat aktif menjelmakan imej dan identiti baru bagi memenuhi kepuasan diri mereka, memenuhi tuntutan peredaran zaman supaya terus relevan dan sentiasa menarik perhatian orang lain terhadap imej yang dianuti mereka. Namun begitu, tanpa perancangan dan penyusunan strategik yang konsisten, remaja lebih terdedah kepada masalah kemurungan apabila dia merasakan apa sahaja yang dilakukan akan menemui kegagalan. Bayangkan statistik tetkini melaporkan 30 peratus daripada remaja lingkungan 14 hingga 17 tahun di negara ini terdedah kepada perbuatan membunuh diri, di atas sebab kegagalan mereka mengatasi penyakit kemurungan tegar yang mereka hadapi. Hal ini sangat membimbangkan kita kerana golongan remaja seharusnya menjadi suatu generasi yang mencerminkan masa depan negaranya. Memetik pepatah Soekarno, “Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah anak-anak mudanya”.

Nah, terserlah bagaimana imej dan reputasi golongan remaja mencerminkan kejayaan dan kemajuan negara bangsanya sendiri.

Hilang Pattriotisme Diri

Sejak kebelakangan ini juga, kita sering mendengar keluhan masyarakat yang menyatakan bahawa remaja kurang menonjol menjadi ikonik masyarakat jika dibandingkan dengan tahun-tahun silam. Kecanggihan teknologi maklumat telah melemaskan remaja kita untuk meneroka lebih banyak ilmu yang dapat memantapkan sikap petriotisme dalam kalangan mereka, sehinggakan mereka sanggup mengambil ringan malah menghindarkan diri mereka daripada mempelajari sejarah negara bangsa mereka dan menganggap politik negara sebagai suatu masalah kuasa yang tidak berkesudahan.

Remaja Memilih Kerajaan

Menyedari hal ini juga, Kerajaan telah meletakkan suatu cabaran terbesar buat golongan ini dengan mencadangkan bahawa usia minimum bagi pengundi PRU akan datang diperkenalkan kepada remaja berusia 18 tahun berbanding 21 tahun pada masa sekarang. Ini menunjukkan bahawa dalam seusia sedemikian, remaja akan berupaya dan memiliki haluan hidup mereka sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.