Pendedahan Industri Membantu Kebolehpasaran Graduan
******************************
SERDANG: Berselogankan “Menjana Inspirasi dan Aspirasi Niaga”, Majalah Mindaniaga (MN) dibangunkan adalah sebagai medium pembekal maklumat dan pengiklanan. Sasaran MN adalah untuk menyediakan satu platform kepada sesiapa sahaja (Usahawan) untuk menyampaikan maklumat perniagaan atau produk keluaran/ jualan, mengiklan, mempromosi dan penjenamaan secara percuma dan berbayar tetapi murah.
Usaha yang dijalankan oleh MN tidak terbatas kepada perkara tersebut sahaja, selain golongan Usahawan, golongan pelajar juga tidak ditinggalkan dalam arus industri media.
Pihak kami sentiasa bersedia dalam memberi pendedahan dan bimbingan industri kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS.
Antara objektif hubungan industry ini adalah;
- Mendedahkan pelajar kepada industri media yang sebenar melalui perkongsian industri.
- Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang dipelajari dengan tugasan sebenar industri.
- Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan.
- Menimba pengalaman industri yang amat berharga sebagai bekalan masa hadapan.
- Meningkatkan kemahiran penulisan melalui “latihan industri”
- Membina portfolio yang menentukan kebolehpasaran graduan.
******************************Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd