Home Education & Training DUA BELAS PRINSIP BERFIKIR OLEH EDWARD BENO

DUA BELAS PRINSIP BERFIKIR OLEH EDWARD BENO

377
0

 

DUA BELAS PRINSIP BERFIKIR OLEH EDWARD BENO

Oleh Kamri Kamaruddin

***********************************

1) SENTIASA BERSIKAP KONSTRUKTIF

Cara berfikir yang terbaik ialah secara kritikal. Pemikiran ini memerlukan bukti yang tepat dan kukuh. Pemikiran ini bertujuan untuk membezakan antara kenyataan yang betul ataupun yang salah.

2) FIKIR PERLAHAN-LAHAN DAN FIKIR SECARA MUDAH

Berfikir secara mudah mempunyai banyak kelebihan seperti dapat mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Selain itu, kita dapat menghasilkan idea yang bernas dan kreatif.

3) LUPAKAN EGO KITA DAN KAJI SEMULA CARA KITA BERFIKIR

Kombinasi antara pemikiran dan ego akan menghasilkan idea yang sesuai. Ego mempengaruhi emosi dan menyebabkan kita tidak dapat berfikir secara rasional.

4) BERSIKAP KONSTRUKTIF

Tanya pada diri sendiri, apa tujuan asal kita berfikir? Apa yang cuba kita capai? Apa hasil yang kita harapkan? Apa teknik yang kita gunakan? Maka, kita akan sentiasa fokus dengan matlamat yang ingin kita capai.

5) BERFIKIR SECARA LOGIK MENGIKUT SITUASI

Kita perlu tahu bila masanya kita perlu berfikir secara logik dan bila kita perlu berfikir secara kreatif. Contohnya apabila menaiki kenderaan, kita perlu memilih gear-gear yang sesuai dengan kenderaan.

6) HASIL PEMIKIRAN SESEORANG INDIVIDU

Kita mesti menentukan dengan jelas apa hasil yang kita perolehi apabila berfikir. Adakah kita mahu mencari idea-idea membuat pilihan dan keputusan, membuat kesimpulan dan penilaian. Setelah habis berfikir, apa yang hendak kita buat? Kita juga perlu fikirkan untuk tindakan-tindakan yang selanjutnya.

7) BERI TEMPAT PADA EMOSI DAN PERASAAN

Sewaktu berfikir kita boleh menggunakan emosi dan perasaan sendiri tetapi jangan menggunakannya sebelum kita melihat segala alternatif dan kemungkinan yang ada. Ianya akan menyebabkan persepsi kita menjadi sempit. Oleh itu, fikirkan alternatif terlebih dahulu, kemudian barulah menggunakan emosi dan perasaan sewaktu membuat pilihan dan keputusan.

8) SENTIASA BERFIKIR ALTERNATIF LAIN

Pada masa yang sama fikirkan alternatif lain juga, penjelasan-penjelasan lain, tafsiran lain dan juga pendekatan-pendekatan lain yang boleh diambil seterusnya.

9) BERFIKIR SECARA LUAS DAN TERPERINCI

Ini digunakan supaya idea kita betul-betul praktikal, iaitu benar-benar boleh digunakan dan perlu memikirkan perkara yang terperinci berkenaan idea itu.

10) MEMBEZAKAN ANTARA “YANG SEPATUTNYA” DENGAN “YANG MUNGKIN”

Setiap kali kita percaya sesuatu itu benar kita akan berkata “ Ini yang sepatutnya”. Ini berfikir secara logik kerana logik adalah suatu set peraturan. Tetapi adakalanya ianya salah dan perlu memikirkan secara” sepatutnya “ untuk keputusan yang baik.

11) PERBEZAAN ANTARA PENDAPAT DAN PERSEPSI

Dalam keadaan begitu, kita selalu merasakan, tentu hanya sesuatu pendapat itu betul. Pendapat-pendapat itu mungkin berdasarkan pengalaman-pengalaman, persepsi yang berbeza dan berdasarkan maklumat yang berlainan serta nilai-nilai yang berlainan.

12) SEMUA JENIS TINDAKAN MELIBATKAN NILAI

Pemikiran yang melibatkan tindakan adalah pemikiran yang menghasilkan rancangan, keputusan, pilihan, dan idea akan diikuti oleh tindakan.

Setiap perbuatan akan meninggalkan kesan.

SEKIAN DAN SELAMAT BERNIAGA

 

KURSUS PENGURUSAN DAN PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN

 

*************************
Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.