Home Education & Training CIRI-CIRI MOTIVASI USAHAWAN BERJAYA

CIRI-CIRI MOTIVASI USAHAWAN BERJAYA

2155
0

 

CIRI-CIRI MOTIVASI USAHAWAN BERJAYA

Oleh Kamri Kamaruddin

***********************************

Motivasi merupakan perasaan dalaman yang mendorong seseorang individu membentuk sesuatu tingkah laku bagi memastikan penyempurnaan dalam mencapai matlamat. Dalam ertikata yang lain, motivasi menerangkan mengapa manusia mula bertindak untuk melakukan sesuatu. Motivasi memainkan peranan terpenting dalam meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

 

Apakah Ciri-Ciri Motivasi Usahawan Berjaya ?

Tekun bekerja, Rajin dan Gigih

Usahawan yang berjaya akan bekerja dengan tekun tanpa mengira masa. Sekiranya sesuatu kerja itu perlu disiapkan, dia akan terus bekerja sehingga selesai tugasnya. Dia akan sentiasa rajin melakukan tugasnya tanpa disuruh oleh sesiapa pun. Pada masa yang sama usahawan tersebut haruslah mempunyai disiplin diri yang kukuh iaitu perlu mematuhi peraturan-peraturan yang dipilih dan telah ditetapkan.

 

Tabah Hati

Kejayaan yang dinikmati oleh tidaklah dicapai dengan sekali percubaan sahaja. Orang yang sudah berjaya sebenarnya telah melalui berbagai-bagai liku dan halangan malah ada yang telah gagal berkali-kali sebelumnya. Kegagalan tersebut haruslah dianggap sebagai pedoman kejayaan kerana tanpa kegagalan, kejayaan tidak akan wujud. Maka, usahawan haruslah tidak cepat putus asa dan tabah hati dalam menghadapi sesuatu halangan.

Usahawan menghadiri kersus-kursus bagi menambah ilmu dan memantapkan diri dalam dunia perniagaan, gambar dalam kursus yang dikendalikan oleh Coach Baharim (SC Creative Solutions Sdn Bhd) anjuran KPDNKK

Menetapkan Standard Pencapaian untuk Berjaya

Usahawan perlulah menetapkan standard untuk berjaya seperti menetapkan kejayaan dalam menjual barangan atau memperkenalkan perkhidmatan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Melalui pencapaian standard tersebut, kita akan berazam untuk mencapai standard  pencapaian yang kita ingini dengan bersungguh-sungguh.

 

Tumpuan Masa Hadapan

Usahawan yang berjaya sentiasa memikirkan tentang masa depannya dan bukan masa kini atau masa lalu. Masa depan sangat penting kepadanya dan dengan itu dia membuat perancangan yang teliti supaya langkah-langkah yang perlu dilakukan dengan jelas. Di sini dia akan menetapkan rancangan jangka pendek mahupun panjang supaya impiannya tercapai.

 

Sikap Positif

Sikap merupakan satu faktor yang akan menentukan samada kita akan berjaya atau tidak. Sesetengah orang merasakan kesulitan itu suatu masalah yang besar dan ada sesetengah orang merasakan sesuatu yang boleh dijadikan tauladan. Maka, sikap positif disini akan memainkan peranan penting dalam menjadikan usahawan sebagai usahawan yang berjaya.

 

Tidak Bergantung Pada Nasib

Seseorang usahawan itu haruslah tidak selalu bergantung kepada nasib kerana sesuatu kejayaan itu tidak semestinya akan wujud kerana nasib semata-mata. Ini kerana dalam mencapai matlamat perniagaan, usahawan itu haruslah berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan perniagaannya tanpa berserah pada nasib.

 

*************************
Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.