Home Career & Business Opportunity Ternakan lobster air tawar di rumah mampu jana pendapatan

Ternakan lobster air tawar di rumah mampu jana pendapatan

57061
15
TANAH CAMPURAN ORGANIKBAJA BIO ORGANIC COMPOST

 

Ternakan lobster air tawar di rumah mampu jana pendapatan

Jebat DerhakaJuly 8 at 6:08 AM

Ramai yang masih ragu-ragu untuk menternak lobster air tawar di rumah mungkin kerana faktor kurangnya informasi mengenai kehidupan lobster air tawar. Ramai yang beranggapan ternakan lobster adalah mahal sama seperti kos penternakan udang-udang lain dan ramai juga beranggapan bahawa tempoh untuk sedia dimakan juga agak panjang seperti penternakan ikan air tawar tetapi sebenarnya ianya hanya mengambil masa 3 bulan sahaja untuk anda menikmati ternakan anda itu.

Di sini saya ingin kongsi kan sedikit info tentang penjagaan ternakan lobster air tawar dan perbezaannya dibandingkan dengan ternakan udang galah, udang harimau dan udang putih.

 

Kos untuk menyediakan 1 tangki air @ kolam kecil tidaklah menelan belanja yang besar. Hanya perlukan oksigen dan penapis pam air (water pump filter) utk mengekalkan air di tangki @ kolam sentiasa bersih dari ammonia yang tinggi. Kadar bacaan ph bagi sesebuah tangki adalah dalam sekitar ph7.2 hingga ph8.0 dan suhu yang ideal air tangki @ kolam ialah antara 18 celcius hingga 30 celcius ini adalah suhu yang sesuai untuk penternakan lobsters di Malaysia.

Tidak seperti udang galah, udang harimau atau udang putih, lobsters air tawar amat sesuai diternak di rumah kerana lobster terhindar dari penyakit yang berbahaya dan tidak akan menjangkiti lobster lain sekiranya ada lobsters yang terkena penyakit seperti kulit melepuh, jika ada hanya perlu diasingkan lobster tersebut dan mulakan rawatan. Rawatan yang agak mudah dilakukan, dalam hanya beberapa minit sahaja dan tidak perlu ditukar air tangki atau kolam.

Penjagaan air juga senang dilakukan dan tidak perlu membazir wang yang banyak malah sumber tumbuhan-tumbuhan juga mudah dicari untuk merawat air tangki @ kolam. Sebagai contoh daun ketapang berupaya mengawal ph air dari naik lebih dari ph8 dan juga menjadi makanan sampingan kepada lobster dan arang pula akan membuatkan air tangki @ kolam menjadi jernih.

Jenis makanan lobster air tawar juga tidak mahal malah mudah didapati. Selain pelet, Lobster juga boleh diberi makan seperti
1-kentang yang dipotong dadu.
2-daun ketapang yang dibuang urat
3-lobak putih dan lobak merah
4-lebihan daun bayam kecuali akar
5-lebihan kangkung kecuali akar
6-anak ikan guppy

Untuk penyediaan ternakan lobster, tangki air rumah adalah yang paling mudah dicari, murah dan mudah dialihkan. Dalam tangki seperti ini mampu menampung sebanyak 60 ekor benih saiz 1” dan boleh di ternak sehingga bersaiz 4” dalam masa 3 bulan jika keperluan makanan lobster ini dijaga dengan rapi. Pada peringkat pertama ternakan, dalam usia benih masih bersaiz 1” hingga 2.5” iaitu sebulan pertama hanya perlu dibekalkan pam udara supaya benih lobster mendapat oksigen yang ckup dan paip pvc sepanjang 4” b’diameter 3” sebagai tempat lobster berlindung. Jika tidak disediakan paip pvc pada ketika lobster menyalin kulit ia akan menjadi sangat lemah dan akan mudah diserang oleh lobster yang lain. Ini kerana lobster bersifat karnivor yang memakan apa saja jika ia lapar. Ketinggian air hanya perlu di isi sekitar 7” 9” dan untuk mengawal ammonia dlm air hanya perlu membuang sebanyak 1/2 dari tinggi air dalam tangki itu dan diganti semula dengan air yang baru. Proses ini boleh dilakukan dalam tempoh 2minggu sekali.. Pam penapis air hanya boleh digunakan selepas benih mencapai saiz 2.5” keatas dan penukaran air tidak perlu lagi dilakukan. Arang dan daun ketapang juga boleh digunakan sebagai pembasmi ammonia yg menyebabkan air menjadi kurang oksigen. Makanan bagi benih adalah seperti palet dan disamping itu juga boleh diberi seperti rumpai lombong atau sungai, keladi bunting juga boleh letakkan sebagai makanan disamping menjadi tempat berlindung bagi lobster, jika ingin mempercepatkan pembesaran lobster cacing beku diberi pada lobster (optional), tetapi akan meningkatkan kos ternakan. Cacing beku boleh dibeli di kedai ikan hiasan.

Kebaikan menternak lobster ini ianya boleh dimakan selepas tempoh 3 hingga 4 bulan diternak dan kosnya pun murah jika diternak sendiri dirumah. Yang berminat bolehlah menghubungi saya terus link dibawah untuk mendapatkan benih serta dalam memulakan ternakan lobster udang kara air tawar.

01133224561

01133224561

017-3007878

0173007878

 

 

15 COMMENTS

  1. Tuan..saya berminat nak ternak lobster air tawar ini..macam mana nak memulakan dan berapa kos agak-agak untuk memulakannya..Hubungi saya 01125015658..

  2. Tuan..saya berminat nak ternak lobster air tawar ini..macam mana nak memulakan dan berapa kos agak-agak untuk memulakannya..Hubungi saya 0142147748

  3. Assalammualaikum tuan..sy berminat nk menternak lobster air tawar nie..boleh tuan pm sy..sy nk tahu harga benih semoga dipermudahkan segala urusan Inshaa a..tq tuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.