Home Food & Beverages IFTAR 2022 BUKA PUASA RAMADAN MURAH DI BANGI GOLF RESORT

IFTAR 2022 BUKA PUASA RAMADAN MURAH DI BANGI GOLF RESORT

10296
0

Ramadhan Buffet 2022

Online Price
4 April ‐ 8 April > Adult – RM55+ | Children – RM25+
9 April – 1 > Adult – RM60+ | Children – RM30+

Anda juga boleh menempah terus secara online (klik di sini)Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai BGR (KLIK di sini)

atau telefon ke nombor 012-343 1375 (Atikah)

Tahun ini BGR berpendekatan membawa semangat “Balik Kampung” dengan bertemakan “Iftar Together-Gether” dalam memenuhi kehendak orang ramai untuk menyambut bulan mulia ini bersama keluarga, sanak-saudara dan rakan di suasana yang membawa perasaan nostalgia. BGR akan menjadi tempat untuk bertemu di mana tetamu boleh meluangkan masa bersama, bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim sambil berbuka puasa bersama. Amalan biasa sebegini yang kita rindukan semenjak dua tahun yang lalu.

Bulan Ramadhan tahun ini, para chef BGR akan terus membawakan kepada anda hidangan yang enak dengan ramuan berkualiti tinggi. Sudah pasti ini akan membawakan satu keunikan tersendiri. BGR masih mengekalkan hidangan kegemaran semua dan akan juga memperkenalkan hidangan yang baru lagi menyelerakan.

Para tetamu akan disajikan hidangan yang paling popular seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Sate, Sous Vide Egg with Mushroom Espuma, Smoked Spaghetti Carbonara dan juga Spanish Churros with Thick Chocolate Sauce.

Seperti biasa, BGR akan menampilkan hasil tanaman segar dari ladang mereka. Chef BGR akan memetik tanaman dan sayuran yang dijamin kesegaranya dan terus menggunakan bahan-bahan tersebut untuk hidangan iftar itu nanti. Tetamu boleh merasai pengalaman menjamu selera yang unik iaitu “farm to fork“.

Nasi kerabu merupakan hidangan tradisional dengan nasi berwarna biru dan ulam-ulam segar yang ditanam sendiri dan disajikan bersama ayam kampung goreng, ikan masin, keropok serta sos dan sampingan lain. Warna biru semulajadi yang digunakan di dalam Nasi Kerabu adalah dari Bunga Telang yang ditanam di ladang mereka.

BGR akan memperkenalkan hidangan terbaru pada tahun ini iaitu, Ayam Bakar Percik Selangor, Korean Fried Chicken, Korean Japchae, Japanese Beef Curry, Tom Yum Seafood, Pad Kra Pao (Thai Basli Chicken)Poach Chicken with Thai Suki Sauce, Mee Siam Goreng Meletup, Laksa Singapore, Penne with Creamy Korean Sauce dan Liquid Snickers yang akan merangsangkan deria rasa anda semua.

BGR merupakan salah satu resort golf di Malaysia yang telah disahkan HALAL oleh JAKIM semenjak 2009. Selain itu, BGR juga telah menerima sijil HACCP untuk ruang dapur yang tidak perlu dikhuatiri komitmen BGR terhadap Halalan Toyyiban, piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.

Para tetamu boleh berbuka puasa dengan senang hati dengan adanya kemudahan di BGR seperti 800 lot pakir kereta yang percuma serta ruang surau yang cukup besar untuk tetamu lelaki dan wanita.

BGR terus mematuhi dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam premis perniagaan mereka. Kapasiti tempat duduk di ruang makan telah dikurangkan sebanyak 50% daripada kapasiti asal untuk memudahkan semua orang mempunyai ruang yang selesa untuk mengekalkan jarak sosial di tempat makan dan juga kawasan bufet.

Semua tetamu yang datang ke BGR mestilah lengkap kesemua dos vaksinasi untuk memasuki ke premis perniagaan BGR. Pegawai RELA juga ditugaskan di sini untuk memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Bufet Ramadhan BGR akan bermula pada 4hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022.

Harga Bufet Ramadhan adalah bermula dari RM60.00 untuk seorang dewasa dan RM30.00 untuk seorang kanak-kanak.

Jangan lepaskan peluang, bawalah orang tersayang, keluarga, kakitangan syarikat anda atau bagi mereka yang suka berbuat kebajikan, boleh lah bawa anak-anak yatim dan asnaf beriftar di sini.

Anda juga boleh menempah terus secara online (klik di sini)Untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai BGR (KLIK di sini)

atau telefon ke nombor 012-343 1375 (Atikah)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.