Home Economy Program TUBE mampu capai sasaran jualan RM1.1 bilion – SME Corp

Program TUBE mampu capai sasaran jualan RM1.1 bilion – SME Corp

200
0

 

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — SME Corp Malaysia yakin program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) mampu menjana nilai jualan terkumpul RM1.1 bilion yang disasarkan menjelang 2020, dipacu oleh perkembangan pesat sektor e-dagang di Malaysia pada masa ini.

Pengerusinya Tan Sri Dr Mohamed Al Amin berkata sasaran di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan itu juga akan turut dipacu oleh peningkatan bilangan penyertaan belia kepada 5,000 peserta yang keseluruhannya seramai 12,000 orang menjelang 2020.

“Di bawah perlaksanaan Program TUBE itu, dianggarkan 37,000 peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan, menjana (nilai jualan terkumpul) RM1.1 bilion serta menyumbang hampir RM450 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Program TUBE 5.0 2018 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Dr Hafsah Hashim…. untuk berita penuh sila klik di sini

BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.