PROGRAM KELESTARIAN WARISAN ALAM 3 MAC 2018 @ BUKIT BERAPIT MENYEMAI KECINTAAN ALAM DAN SEJARAH

1304
0

 

PROGRAM KELESTARIAN WARISAN ALAM 3 MAC 2018 @ BUKIT BERAPIT MENYEMAI KECINTAAN ALAM DAN SEJARAH

Kuala Lumpur, alam semulajadi dan sejarah adalah merupakan antara aset terpenting negara yang perlu dijaga dan diurus dengan baik, tanpa menyemaikan perasaan cinta terhadapnya adalah sukar untuk kita mencapai objektif itu.

Kesedaran dan kecintaan terhadap alam semulajadi dan sejarah haruslah bermula dari diri kita terlebih dahulu, apakah peranan kita terhadap penjagaan aset negara ini untuk generasi masa hadapan. Janganlah kita jadi pemusnah sehinggakan anak cucu kita di masa hadapan tidak dapat menikmati apa yang kita nikmati sekarang.

Hasil dari kesedaran itu, Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia (WASM) akan menganjurkan Program Kelestarian Warisan Alam yang akan diadakan pada 3 Mac 2018 di Bukit Berapit, Padang Rengas. Lokasi ini dipilih adalah atas faktor sejarah dan alam, di sini terdapatnya 4 (empat) terowong keretapi lama, menurut sumber terowong ini dibina pada tahun 1905 dan tidak lagi diguna sejak tahun 1989. “Lubang Gelap” inilah nama panggilan sesetengah masyarakat setempat kerana keadaan yang amat gelap di dalam terowong-terowong ini.

Stesen Bukit Berapit yang telah usang
Salah satu Terowong Keretapi Bukit Berapit
Tandas lama di Stesen Keretapi Bukit Berapit
Kuarters lama di Stesen Keretapi Bukit Berapit
Dapur kayu di Kuarters Stesen Keretapi Bukit Berapit
Kabinet kayu yang masih utuh di Kuarters Stesen Keretapi Bukit Berapit
YBhg Puan Sri Dato’ Dr Aishah Binti Hj Salleh, Presiden WASM (kanan) ketika diwawancara oleh wartawan Bernama
YBhg Puan Sri Dato’ Dr Aishah Binti Hj Salleh, Presiden WASM (kanan) bersama Puan Asmah (Setiausaha WASM)

Antara aturcara program yang telah dijadualkan pada program itu nanti;

7:30 pagi

  • Ketibaan para peserta, orang ramai dan petugas program di Tapak Stesen KTM lama, Bukit Berapit, Perak.

8:00 pagi

  • Taklimat & Bacaan Doa
  • Majlis Pelepasan acara “Berapit Nature Ride 2018” – Kayuhan Alam Berapit 2018 di hadapan Balai Polis Padang Rengas oleh YBhg Puan Sri Dato’ Dr Aishah Binti Hj Salleh, Presiden WASM.

10:00 pagi

  • Majlis Perasmian Program Kelestarian Warisan Alam 2018 oleh YBhg Puan Sri Dato’ Dr Aishah Binti Hj Salleh, Presiden WASM
  • Pelancaran Galeri Sejarah Terowong Stesen KTM Bukit Berapit, Perak
  • Lawatan tapak pameran
  • Persembahan & cabutan bertuah
  • Pertandingan Fotografi “I WAS @ BERAPIT”
  • Pertandingan Kutip, Kumpul & Kira (3K)
  • Pertandingan Inovasi Bahan Kitar Semula
  • Promosi & Pameran Rakan Kolabrasi

12:00 Tengahari

  • Ketibaan Jemputan Khas
  • Makan Tengahari/ Persembahan
  • Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Aziz, Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas dan Majlis Penyampaian Hadiah pemenang-pemenang dan cenderahati bagi acara-acara yang dipertandingkan.

4:00 Petang

  • Minum Petang & Bersurai.

 

Oleh Baharim Sukari

 

DAFTAR PERTANDINGAN FOTOGRAFI “I WAS @ BERAPIT” 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.