Cabaran Perniagaan Offline semakin memuncak pada masa kini
Semenjak kebelakangan ini, rata-rata peniaga “offline” yang dijumpai meluahkan permasalahan yang sama. Kemerosotan jualan dan peningkatan kos amat ketara jika dibandingkan pada tahun-tahun sebelumnya, maklumat ini adalah hasil tinjauan dan perkongsian dari peniaga-peniaga “offline” yang ditemui oleh penulis.
Antara cabaran-cabaran yang mereka hadapi pada masa kini;
1. Peningkatan Kos Belian – kos pembelian bahan mentah atau barangan dagangan kini meningkat, bagi barangan seperti pakaian peningkatan kos belian diangarkan di antara 8-10% manakala pengusaha makanan seperti restoran dan kedai-kedai makan peningkatan kos bahan mentah amat ketara di antara 30-40%. Masalah ini amat membimbangkan dan menyukarkan usahawan kerana ianya menyusutkan margin jualan mereka. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan kerana kebanyakan pelanggan mereka adalah pelanggan tetap.
2. Peningkatan Kos Operasi – kos operasi seperti sewaan bangunan atau kedai, kos pengangkutan dan kos tenaga kerja juga mengalami masalah peningkatan, ini juga boleh menjejaskan kewangan setiap perniagaan yang dijalankan.
3. Perubahan Trend Pembelian (Online) – Masa kini tidak dapat dinafikan lagi teknologi menguasi dunia, ini termasuklah teknologi maklumat (IT). Di Malaysia pengunaan IT boleh dikatakan agak tinggi, mengikut kajian SKMM sebelum ini rata-rata rakyat Malaysia terutamanya golongan belia menghabiskan masa selama 4 jam sehari dengan melayari internet. Peluang dan kesempatan ini diambil oleh mereka yang tahu merebut peluang dengan melakukan jualan secara dalam talian (online). Dari syarikat antarabangsa dan syarikat-syarikat tempatan hinggalah perniagaan kecil-kecilan yang beroperasi dirumah. Ini juga merupakan cabaran besar kepada usahawan “offline” kerana kebiasaan perniagaan “online” menawarkan harga jualan yang lebih murah dibandingkan dengan perniagaan “offline” mereka. Faktor yang membolehkan perniagaan “online” menjual dengan kadar harga yang lebih murah adalah kerana mereka tidak perlu menanggung kos operasi yang tinggi, sebagai contoh mereka tidak perlu menyewa kedai atau bangunan di lokasi tumpuan yang pastinya sewaannya tinggi. Perubahan trend pembelian secara online berlaku kerana generasi celik IT kini merasakan lebih mudah membeli secara online, dengan hanya menggunakan jari barang yang diingini sampai ke depan pintu. Mereka hanya search di google dan boleh memilih mana-mana barang keperluan yang dikehendaki, tidak perlu menghabiskan masa dengan cara lama masuk dari satu kedai ke satu kedai, tidak perlu memandu mengharungi jem, tidak perlu bayar parking dan sebagainya. Mereka lebih sanggup membayar kos penghantaran barang dari RM7 ke RM10 kerana kos ini lebih murah jika dibandingkan kos pembelian secara “offline”.
Usahawan atau peniaga “offline” perlu mencari jalan secara drastik untuk memastikan perniagaan mereka meraih keuntungan dan bertahan. Mereka perlu mengikut trend pembelian masa kini (online) kerana ini adalah satu-satunya cara yang dapat mengatasi cabaran-cabaran perniagaan global.
Satu pendekatan yang diambil oleh MNSHOP.COM.MY adalah sangat berketepatan dalam membantu usahawan “offline” untuk memasarkan barang dagangan mereka secara “online”.
Ciri-ciri MNSHOP.COM.MY
- Kedai “online” berjemaah (bersama) – Usahawan tidak perlu mengeluarkan kos untuk membangunkan portal (kedai “online”) sendiri. Pihak MNSHOP akan menyediakan satu Halaman di portal MNSHOP.
- MNSHOP menyediakan perkhidmatan pengurusan jualan termasuk menyediakan operator (Customer Relation Officer) bagi menguruskan jualan mereka.
- MNSHOP membuka dan menguruskan fb page kepada usahawan.
- MNSHOP memberikan perkhidmatan fotografi secara percuma.
- MNSHOP menyediakan tempat penyimpanan barang secara percuma.
- MNSHOP memuatnaik gambar produk ke portal secara percuma.
- MNSHOP membuat pembungkusan dan penghantaran terhadap barang jualan.
- MNSHOP menyediakan data dan laporan prestasi kepada usahawan secara percuma.
Bagi mereka yang ingin tahu tentang MNSHOP bolehlah menghubungi terus ke 017-3007878.
[…] Sumber Asal & Berita Penuh […]