Menikmati Kambing Bakar bersama keluarga di The Shepherd Roasted Lamb pilihan terbaik
Kali ini pilihan Penulis adalah The Shepherd Roasted Lamb yang terletak di Lot 1N/1H Kompleks IKS Sungai Tangkas, Kampung Sungai Tangkas, Kajang, Selangor.
Suasana menarik, persekitaran bersih dan tersusun dengan hidangan yang menyelerakan di samping layanan mesra pelanggan yang diterapkan oleh pemilik perniagaan Amar Sobri menyebabkan pengunjung sangat berpuas hati.
Penggunaan kerusi meja yang diperbuat daripada pallet yang ditempah khas menonjolkan satu konsep yang menarikTanaman herba di The Shepherd antara satu tarikan, pengunjung dapat menikmati hidangan bersama herba yang segarKombinasi hidangan segar untuk dipanggang sendiri oleh pelangganWow! sup “gear box” kambing sungguh menyelerakanAntara hidangan yang sedap, peminat sayuran jangan lepaskan peluang untuk menikmatinyaHidangan nasi tidak ketinggalan, maklumlah perut Melayu memang tak boleh terlepas nasiYang ini memang “mercik” hidangan lazat… kepada pengemar kambing jangan terlepas untuk datang menikmatinyaAmar Sobri, ini lah pemilik The Shepherd… seorang yang peramah, sentiasa melayani pelanggan yang berkunjung di The ShepherdKonsep yang diterapkan adalah dari ladang ke pinggan, gambar ladang penternakan kambing Amar Sobri
Saya mengesyorkan kepada peminat kambing tegar jangan lepaskan peluang untuk berkunjung dan menikmati hidangan lazat di The SHEPHERD Roasted Lamb. Anda boleh hubungi terus Amar Sobri di talian 012-263 3995.
Kunyit Hitam Cegah Penyakit - Produk Formulasi MARDI kini mendapat sambutan ramai Black Ginger (Kaempferia parviflora) merupakan tumbuhan herba dari kumpulan keluarga Zingiberaceae. Senang didapati...